23 September 2015

"But, please open up your mind."

Bismillahirrahmanirrahim

"Sorry sir, I have to be honest that I don't like teaching. I'm not really good speaking in front of public. I'm more into charity work and humanity programme."

"Good young girl, you just honest with us. But, please open up your mind, try to learn a new thing and be a multitasker. I believe that you have your hidden talent, it just that you not discover it."


Sepagian keluar dari kampung menempuh kota raya yang penuh sesak semalam, pertama kali memandu seorang diri sejauh itu buat minda aku menerobos jauh. Menghadiri sesi temuduga kerja yang sebenarnya tiada dalam perancangan hidup, berkira-kira, apa yang aku mahu sebenarnya dalam hidup? Kadang-kadang mungkin terbawa-bawa dengan perasaan seronok berada di rumah tanpa asyik memikirkan perkara-perkara yang serius seperti bebanan kerja, proses belajar ilmu baru, turun naik tangga menguruskan hal-hal pejabat, bermuamalah dengan orang sekeliling, bersikap profesional menangani masalah kerja, mengurus kewangan seharian dan banyak lagi!

Bezanya dengan tinggal di rumah, mungkin cuma lelah fizikal. Seusai subuh bergegas menyiapkan basuhan, membancuh susu buat si kecil Amnan, cukup setengah jam akan memangku dan membersihkan dirinya (oh, kadang-kadang Amnan seperti boleh menghidu tiada orang di sisinya, maka dia akan bangkit lebih awal!), menyediakan sarapan pagi dan sambung cucian yang belum selesai, mendodoikan semula Amnan, menyidai pakaian yang selesai dicuci, memasak hidangan tengah hari dan oh, rutin yang sama itu akan berulang setiap hari!

Mungkin benar yang dibilang penemuduga semalam, aku bersikap tertutup untuk belajar perkara baru, terlalu takut menerima suasana baru dan sentiasa mahu kekal di tempat yang sama. Masih terbayang ayat terakhir dari salah seorang penemuduga yang nasihatnya ibarat bonda bersama anak gadis sendiri;

"N, if you are working here soon, there will be a lot of interesting thing. You will learn a new environment and you will discover yourself. We are not just offering you charity job scope, but it's beyond that." 

Ya, seperti kata Edward Whitacre;
Be willing to step outside your comfort zone once in a while; take the risks in life that seem worth taking. The ride might not be as predictable if you'd just planted your feet and stayed put, but it will be a heck of a lot more interesting. -- Edward Whitacre, Jr.


No comments: