14 February 2017

"Sometimes, pain is all that lets you know you're alive." - Robert Jordan

bismillahirrahmanirrahim
Hari ini dia memilih untuk menulis lagi. Berharap tulisannya akan menjadi teman di saat memorinya perlahan-lahan pudar. Tidak ada yang lebih menggembirakan dari melihat tulisannya tumbuh mendewasa seperti jiwanya sendiri. 

Menulislah tentang hilang, tentang pergi, tentang bahagia, tentang ketawa dan luka. 

Yang pergi akan diganti, yang hilang tidak bererti dirundung malang. Bahagia itu bermula dari saat kita percaya semua yang telah ditetapkan adalah dalam susunan yang terbaik. Bahagia itu bermula apabila kita belajar redha dan melepaskan. Bahagia itu sederhana sifatnya. 

Cuma cara kita sahaja bagaimana mahu melalui saat-saat kehilangan dan pemergian sesuatu yang bukan tertulis milik kita. Nyata ini semua bukan kepunyaan kita. Tetap semuanya pulang ke tempat asal ia dicipta -- Tuhan. 

Kawan, kau masih menunggu di situ kan? Harap aku belum terlewat bertatih pulang ke realiti. Terima kasih atas tulisan-tulisan yang membawa aku kembali ke sini. 

"And she was terribly aware that she was alive. Not just living and breathing...but alive. " - Mary Balogh

"Sometimes, pain is all that lets you know you're alive." - Robert Jordan

"It is not your fault. It is not her/his fault either. Sometimes things just happen. Different timing, different needs. Sometimes we don't change, but our surroundings do. We can't control everything. It's not just about us." - Wani Ardy

30 March 2016

"Every single ordinary person has an extraordinary story." - Cecelia Ahern

bismillahirrahmanirrahim

(i) Ladang Table

Saya cuba juga menulis, walaupun saya tahu entah berapa patah huruf sahaja yang akan keluar. Masa terlalu bergerak pantas. Entah berapa kali menoleh semula ke belakang, timbunan memori-memori lama dan jejak-jejak mendewasa. Kategori manusia pencinta momen, walau perkara kecil seperti mengajar anak secilik umur 7 tahun menulis ayat Al-Quran terlalu memberi kesan yang dalam.

"Growing up as an introvert, I always had problem with audience. I don’t have any confidence to face them. Even during my job interview 5 months ago, I told the interviewer (now they are my boss) that I don’t like teaching. “Sorry sir. I have to be honest, I don’t have any passion in teaching.” I never told them the main reason, I just said that I more into charity work and management instead. 
But Allah knows more. So few days back, during my outstation in Sabah I try really hard to teach my kids. I’m crying inside and pushing my limits. Anddd, this big problem just turns into beautiful feeling. I got goosebumps when watching my kids can spell and write correctly kalimah Al-Quran on Imla’i (writing) test, subhanallah! Hamdan lillah, this is from Allah and all praise to Him. Thank you Sabah, I love you!" - Status Facebook peribadi, 17 Mac yang lalu.

Saya benar-benar tidak tahu saya mampu bertatih sejauh ini. Masih lagi terngiang-ngiang dialog kedegilan saya yang kononnya menegakkan prinsip sendiri sewaktu hari temuduga. Kadang-kadang 'kedegilan' boleh melorong kita ke 'kawasan' yang tidak disangka. Sama ada kelam atau bersuluh cahaya. Dan saya pula? Saya masih bertatih di kedua-duanya.

Tanya seorang teman rapat, "What brings you to do that N? Macam mana awak boleh lalui semua tu?", dan jawapan saya cuma sepatah, "Entah." Sungguh tidak pasti jawapan yang terbaik. Saya terlalu kuat berperang dengan jiwa dalaman ketika diberi tugasan untuk mengajar. Tidak tahu apa yang mendorong saya untuk berani berdepan audiens dan orang ramai. Walau cuma 8 orang anak-anak Tawau yang kurang mahir membaca Al-Quran, mereka tetap menggerunkan saya.

"Sometimes it helps to be a pretend extrovert. There will always be time to quite later." - A Manifesto for Introverts, Quiet, Susan Cain.

Maka benar dibilang Susan Cain, saya menghabiskan sisa harian setelah saya mengajar di Tawau dengan mengurung diri di bilik, membersihkan diri dan lena dibuai dingin malam (hahaha)! Mungkin apa diujar Mrs. Cain itu jawapan yang terbaik. Introverts will know more. Now, I just miss Sabah, the people, the language, the food and of course the moment there. Saya akan terus merindui gelak tawa anak-anak Ladang Table, Ladang Tiger, Ladang Merotai, Ladang Bombalai dan SK Taman Tawau, sengih mereka setiap kali memanggil saya 'ibu guru', muka ceria mereka saat saya menghulurkan Choki Choki di tangan, riang mereka setiap kali menikmati waktu rehat dan ayunan di tepi kolam, keringat yang menjadi kawan baik mereka sewaktu mendapat soalan susah dari 'ibu guru' nya dan oh, terlalu panjang untuk dicatat semua! Rindu. Anak-anak, 'ibu guru' ini akan mendewasa dengan memori kenakalan kalian.


(ii) Sungai Pinang

Hanya dengan perbualan 2 minit di telefon Isnin lalu, kaki saya kini memijak tanah seluas 1 hektar yang menempatkan ruang pejabat Rumah Anak Yatim Sungai Pinang. Sederhana. Semua yang ada di sini tidak terlalu dhaif dan tidak terlalu mewah. Orang bilang sesedap mata memandang.

"INFPs do not want just any job or career. They want to do something they love, something they are passionate about. They want to use their creative gifts and abilities in ways that bring personal fulfillment and contribute to the greater good. " - A.J. Drenth
"Individuals with the INFP personality type display strong traits of commitment, compassion, creativity, and empathy. They are idealists and perfectionists, and espouse a strong personal value system, which they feel would make the world a better place." - N. Nayab
 "INFPs are typically motivated by vision and inspiration, and want to engage with projects and causes that feel important to them. " - Truity
Bijak sungguh A.J. Drenth, N. Nayab dan Truity menggariskan fakta. Kerjaya seperti jurnalis, penulis dan perihal menyelami-hati-perasaan-jiwa-momen orang sekeliling memang cita-cita tertinggi seorang INFP (hahaha!). Saya mencari diri saya semula setiap kali ditugaskan dengan amanah baru. Program berkaitan anak-anak yatim dan asnaf bukan perkara mudah. Bermula dengan panggilan telefon, buat tapisan dan ziarah sendiri bertemu pengurusnya. Bukan mudah, tetapi cuba menjiwai.

Kata-kata yang dibilang warden memenuhi ruang buku saya yang makin lusuh. Memori di kamera rasmi pejabat sudah terisi dengan gambar dari setiap sudut kawasan. Jujur, saya cukup biasa mendengar tentang Rumah Anak Yatim Sungai Pinang, Klang. Bukan kerana saya anak jati dari daerah yang sama, tetapi teman sekelas dulu merupakan cucu kepada pengasas teratak ini.

"Bangunan baru asrama perempuan ni sudah lama?"
"Agak baru. Ramadhan tahun ni insyaAllah genap setahun."
"SubhanaAllah, memang ada badan dan entiti korporat yang taja atau dana yang dikumpul sendiri?"
"Dana kumpul sendiri dari orang awam. Asalnya cuma style rumah papan macam asrama lelaki juga. Kami bermula dengan bina tapak, buat majlis pecah tanah dan cari dana. Bila dah ada tapak dan asas binaan, baru orang awam yakin nak salurkan dana."

Warden asrama puteri itu tidak sampai setahun lagi berkhidmat di sini, ringkas orangnya. Kagum saya melihat kesungguhan dia memberi penerangan kepada kami. Jika ada yang dia tidak arif atau kurang pasti, dia akan mohon maaf dan berusaha menyalurkan maklumat berkaitan semampunya. Tidak pasti karakter dalaman saya yang sangat sensitif dengan sekeliling atau memang jiwa jurnalis sebegini, sehinggakan bungkusan Roti Gardenier yang sedikit unik di dapur asrama mencuri perhatian saya! Ia tidak dibungkus dengan warna biru seperti biasa. Tidak juga dilengkapi dengan makumat nutrisi dan tanda harga. Bungkusannya berwarna putih dan tercatat "Ikhlas daripada". Dan ia membawa perbualan kami beralih ke isu keperluan.

"Selalu orang hantar bekalan makanan?"
"Selalu dan alhamdulillah tak pernah lagi putus. Jika ada beras berlebih hujung bulan, kami cuba rolling budget dengan menjual semula untuk jana pendapatan."
"Dan Roti Gardenier tu pun atas sumbangan ikhlas juga kan?"
"Ha'ah, betul la tu. Ada juga orang hantar keperluan makanan asas macam bawang dan telur, macam mak cik yang kita nampak kat luar tadi."
"Apa keperluan lain yang kurang?"
"Bahan pencuci macam sabun basuh baju, pencuci pinggan dan pembersih lantai. Syampu pun ada sesekali terputus bekalan."

Perbualan kami berpanjangan sehingga azan asar dari masjid hadapan. Jauh saya termenung dalam perjalanan pulang. Mengiyakan kata-kata Cecelia Ahern dalam salah satu karya beliau:

"Every single person, has a story to tell. Every single ordinary person has an extraordinary story. We might all think that we are unremarkable, that our lives are boring, just because we aren't doing ground-breaking things or making headlines or winning awards. But the truth is we all do something that is fascinating, that is brave that is something we should be proud of. Every day people do things that are not celebrated. That is what we should be writing about." - One Hundred Names, Cecelia Ahern.

Maka, nah! Cerita luar biasa tentang anak-anak di Tawau dan Sungai Pinang.