19 December 2014

Separuh & Penuh



    





    







[Koleksi persendirian. Mac. Backpacking. Medan] 


Bila kita rindu dengan sesuatu momen, cukuplah dengan hanya mendengar alunan muzik yang pernah bersenandung ketika saat itu. Atau mungkin cukuplah dengan hanya menikmati makanan-makanan yang lebih kurang sama dengan momen berlangsung. Atau mungkin juga cukuplah dengan membelek-belek foto-foto lama yang kemas tersimpan. Cuma, esok-esok kalau tak dijumpakan jiwa aku, seru ia di sebalik timbunan momen-momen semalam. Kejutkan aku dari mimpi yang terlalu panjang. Kadang-kadang lama aku terperangkap di ruang momen lalu. Sekarang, entah berapa banyak alunan Aku Percaya Kamu yang aku mainkan. Entah berapa kali Album Medan aku renung, buka dan tutup semula. Entah berapa lama lagi masih mahu di ruang momen ini. Pergi dengan jiwa separuh, pulang dengan rasa yang penuh.

"Every moment and every event of every man's life on earth plants something in his soul." -- Thomas Merton 

No comments: