17 December 2014

Nota-nota Ketakutan

bismillah

[ehsan]

Entah berapa lama aku berdiam mengumpul kekuatan. Bukan kekuatan. Sebenarnya aku mengoyak ego aku sendiri, mengumpul titik kelemahan. Apa yang kau cari sebenarnya di sini? Tiada apa yang kau temukan di sini selain nota-nota aku yang berbau ketakutan. Tiada apa yang bisa memuaskan kau di sini selain hanya dijumpakan ayat-ayat kecewa. Atau kita semua sememangnya dihantui rasa takut dan kecewa yang sama?

"..There is nothing more important in the world than truth you can find in writing, and there is nothing more powerful than discovering something about yourself in something that is not real, or finding a piece of yourself within the lines on a page." - Rachel Sharer."

Mengaku sahaja yang kita semua pernah merasakan hal yang sama. Kita semua pernah merasa kehilangan. Puas kita menghambur tanya namun tak tertemukan juga jawapan. Puas dicari-cari titik punca namun penghujungnya kosong. Yang hilang bukan barang kepunyaan, bukan juga orang yang kita sayang. 

Mengaku sahaja bahawa di celah keserabutan hiruk-pikuk kota, tetap juga kita dikejar sunyi. Walhal bunyi hon kenderaan dan bingit yang keluar dari mesin pemotong rumput, tidak pernah gagal menggetar gegendang telinga. Masih juga kita merasa sunyi dan hilang.

Mengaku sahaja yang kita pernah merasa terlalu bergantung kepada seseorang. Terlalu bergantung hingga bila kita melalui saat perit dan orang yang kita perlukan itu hilang, sakitnya seperti ditikam belakang. Atau terlalu bergantung kepada seseorang hingga bila kita dikecewakan dan tersedar bahawa kita cuma dimahukan ketika sukar, lalu kita dihurung dengan pedih yang dalam.

Mengaku sahaja yang kita pernah terlalu banyak menumpahkan semua untuk dunia. Merasa terlalu terikat dengan dunia.

"That broken heart and the pain are lessons and signs for us. They are warnings that something is wrong. And pain is a pointer to our attachments. That which makes us cry, that which causes us the most pain is where our false attachments lie. I was expecting this life to be perfect. But herein lay my fatal mistake. My mistake was not in having expectations. The problem was in *where* I was placing those expectations and that hope. My hope and expectations were in people, relationships, means. We need to put or full hope, trust, and dependancy on God, and God alone. And if we do that, we will learn what it means to finally find peace and stability of heart." - Yasmin Mogahed, Reclaim Your Heart, hal. 17-19.
Dan mengaku sahaja kesemua ketakutan, rasa sunyi, pencarian hilang dan kecewa  yang kita rasa akan ternoktah pada titik yang sama, Tuhan. Dengan genapnya 25 tahun tiga hari yang lalu, sunyi makin membunuh jiwa. Apa yang aku mahu sebenarnya? Selain jawapannya cuma Tuhan. Moga esok-esok lebih mematangkan. Moga cepat-cepat lebih mudah memaafkan. Moga nanti-nanti tak lagi dikecam sunyi dan ketakutan.


No comments: