13 October 2014

Oktober dan Mimpi

Bismillahirrahmanirrahim

Dicuba-cuba menaip dengan kadar cepat.

"Barangkali kita sememangnya,
tak akan pernah berhenti
mengandaikan masa depan,
kerana hanya dengan ketakutan,
kita mampu mempunyai harapan. 
Sungguhpun begitu,
selalu ku lihat sengketa,
antara harapan dan masa depan."
-- Saling memeluk, Karl Agan.

Oktober datang dengan harapan yang besar. Sering sahaja bagai pasir pantai yang berteka-teki, apakah ombak deras atau gelombang ringan yang kan terus memukul air ke sisi? Deras atau ringan, tetap sahaja biru air menjengah tanpa henti.

Gusar mana dengan hari-hari mendatang, tetap yang dirancang-rancang kan dilancar Tuhan. Tetap yang dibisik-bisik kan dikirim Tuhan. Selain cinta Tuhan, untuk orang-orang macam aku, mimpi dan harapan yang menghidupkan. 

Hilang satu, diganti Tuhan dengan yang baru. Betapa destinasi yang dirasa jauh, rupanya didekatkan Tuhan dengan sesuatu yang lebih teduh. 

"When Allah deprives you of something that you badly wanted, you will always get something better next time!" -- Dr. Bilal Philips
[terima kasih Nastia untuk lagu seindah ini.]


4 comments:

Anonymous said...

MasyaAllah kak! Nak nanges baca yg ini.
Terkesan d hati dan xjemu baca ulang2 kali. Terima kasih kak..

Anonymous said...

anon;
huuu. terima kasih sebab tak pernah jemu baca tulisan-tulisan rapuh dekat sini. moga terus kuat.


[tuan empunya blog]

Anonymous said...

apa nama background lagu ni ye.
tenang je. kalau boleh tahu..
tq

nusrah said...

anon;
ost spirited away instrumental piano.