19 September 2014

Paling diredha Tuhan

Bismillahirrahmanirrahim

"One day she finally grasped that unexpected things were always going to happen in life. And with that she realized the only control she had was how she chose to handle them. So she made the decision to survive using courage, humor and grace. She was the Queen of her own life and the choice was hers."  -- Queenism

Aku sering sahaja tersepit dengan pilihan yang aku tidak yakin mana satu jawapannya. Malah mungkin aku lebih teruk dari kalian, selalu berbolak-balik dengan jawapan sendiri. Pernah juga kadang-kadang buat keputusan serta-merta (Oh, banyak kali juga sebenarnya!). Sampaikan dulu ada kawan yang tidak berapa kenal sisi dalam aku bilang, "Kau suka ambil jalan risiko yang nampak macam kau tidak boleh hadap." Sudahnya aku diamkan. Paling teruk kalau aku ada rasa sesal pun, aku nangis sampai lencun telekung.

Masih ingat tentang tawar yang aku tumpahkan dua tahun lalu? Cepatnya waktu-waktu silam pergi meninggalkan aku. Tukar kos itu juga gara-gara sikap sendiri yang suka buat keputusan serta-merta. Aku fikir masa depan aku akan kelam bila ditiupkan dengan kenyataan bahawa jalan itu berisiko. Rupanya ada hikmah yang tertemukan. Kawan-kawan yang sekuliah zaman sarjana muda dahulu, mudah sahaja mereka mendaftar kos sarjana yang aku ambil. Ya, mereka mudah mendaftar pada tahun berikutnya. Masih lagi terbayang waktu aku turun naik pejabat mohon kebenaran tukar kos, seminggu juga tidak ke kuliah. 

Detik ini, bila dihadapkan Tuhan untuk bisa memilih, sekali lagi aku benar-benar kabur! Antara meraikan permintaan majikan yang mulia atau memilih untuk lihat senyum bonda.

"Betul awak tidak mahu sambung kontrak kerja? Kalau benar meski sudah puas dipujuk tidak mahu juga, saya sudah mula berlapang dada untuk menerima keputusan awak. Tiada apa lagi yang terbuku di hati saya kalau awak sudah tidak lagi mahu sambung kerja di sini. Saya harap awak tidak menyesal dengan keputusan awak ini."

Majikan aku bersuara dengan nada rendah di ruang telefon. Sebenarnya aku sebak untuk tolak. Kelat lidah aku.

"Tidak akan habis duit emak kalau awak duduk rumah sahaja, tidak lagi hulur duit macam waktu awak kerja dahulu. Apa yang emak makan, awak akan makan juga. Banyak hikmah, percayalah. Rezeki Allah ada dekat mana-mana."

Bonda aku bercakap dengan nada sambil gelak-gelak, tapi aku tahu dia sebenarnya serius. Aku terbayang senyum yang bonda aku tunjuk seminggu lalu, bila aku putuskan tidak akan sambung kontrak. Sama manisnya waktu aku khabarkan pada bonda dengan keputusan baik yang aku dapat ketika sekolah rendah agama dahulu. 

Sebenarnya ada sebab utama bahawa bukan hanya kerana bonda aku mahu berhenti. Cuma ia terlalu peribadi untuk dikongsi di sini. Perit mana pun aku kena telan. Pahit-pahit juga pun aku senyumkan. Saat ini aku minta-minta moga jalan ini paling diredha Tuhan. Jauh mana pun jalan yang aku simpang, tetap redha senyum ayah bonda yang aku pegang. Aku pernah rasa jatuh yang lebih parah dari ini, moga-moga jatuh kali ini aku akan mampu lagi tegak berdiri.

"I love the way she survived, survival looked good on her. There were no dark marks under her eyes. Maybe deep inside, but I liked the way she looked through then and laughed at life. She did it gracefully. She'd walked over glass and through fire, but still smiled. And honestly, I'm not interested in people who haven't  lived and died a few times. Who haven't yet had their heart ripped cut, or know what it feels like to lose everything. I trust those people, because they stand for something. I knew what she'd been through. I wanted to thank her for surviving and her to know she now had someone willing to stand with her too." -- J. Raymond.

2 comments:

amirah taip said...

Salam kak nusrah, moga kuat, moga gagah. Untuk hikmah yang tak jelas. moga Allah tunjukkan.

"Untuk melewati suatu badai, kita harus berjalan. Bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan, hanya ada dua hal yang perlu kita bawa; kekuatan dan cinta." - Di Bawah Lindungan Kaabah, Buya Hamka.

Lots of thanks for J Raymond's word. "I liked the way she looked through then and laughed at life. She did it gracefully. She'd walked over glass and through fire, but still smiled."

Smile okay? Okay. : )

nusrah said...

salam amirah,
hope you dont mind, im late to reply your text.

jazakillah khair for your warm words, really appreciate it. sangat2 menghargai, moga Allah membalasnya dgn sesuatu yg jauh lebih baik. take care beautiful stranger!