11 December 2013

#champakzine

Bismillahirrahmanirrahim

Selalu suka, aku ulang-ulang bahawa aku sendiri tidak punya apa. Ke mana sahaja pergi, aku membawa nama Tuhanku, cinta pada Tuhanku dan berteman amal cuma. Ya, amal.

Teman-teman, sebahagian daripada ini, terletaknya tulisan aku yang tidak seberapa. Entah lah. Aku tidak pernah tahu menulis puisi, yang tersusun cuma aksara yang selalu amat bergaduh-gaduh dalam akal dan jiwa aku.

Mungkin ada yang sudah maklum tentang Zine Champak, kerana saya lewat hampir dua minggu menaikkan perkhabaran tentang Champak berbanding bidadari yang lain. Tidak pasti juga, setertib mana ayat-ayat ini patut disusun. Segan mahu bilang, tulisan saya mencomotkan dinding Zine Champak.

Zine Champak adalah projek sulung akhawat berjiwa seni. Ini hanyalah angan-angan dan mimpi asalnya, cinta Allah jua lah yang mengizinkan ia terlahir.
-- himpunan prosa dan puisi
-- hasil tangan 13 penulis
-- 54 karya terhimpun
-- mampu milik dengan hanya rm5

Kalian boleh dapatkan secara pos di sini.
Bagi yang berada di sekitar UIA boleh dapatkan di sini.
Atau mungkin yang di sekitar UM, mahu secara langsung dari saya? Boleh berhubung di kotak tanya sebelah. Sila nyatakan e-mail anda untuk saya hubungi.

Oh, ya! Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu zine.

[ Ya, begini rupa Champak. Dia sedikit malu ditenung lama-lama. Kalau mahu, dapatkan secara baik. ;) ]

2 comments:

Faaeinz said...

wahhh.. pasti karya Nusrah pun ada di dalam 'champak' itu kan? =)

bestnya.. teringin nak beli. tapi fulusnya.. masih tiada.

sampai bila had tempohnya boleh order?

nusrah said...

kak, hihi. alhamdulillah..
mampu milik dgn rm5 insyaAllah, tapi akak jgn risau. zine ni available bila-bila, akak nak tahun depan pun boleh insyaAllah :)