Bismillahirrahmanirrahim
"Kita berpolemik kerana kita tersangka bahawa Allah memanjang dan memendekkan umur secara kuantitatif. Secara menambah bilangan tahun, bulan, minggu, hari, jam dan saat. Hakikatnya panjang umur itu terjadi secara kualitatif. Dan kita sering mengeluh masa bergerak terlalu pantas, bukan kerana masa itu pantas, tetapi masa kita kosong dari manfaat dan perkara-perkara yang bermakna." - Hasrizal Abdul Jamil
------
Bayu Disember masih sama seperti tahun sebelumnya. Genap 24, tiga hari lalu. Tidak berbeza mana, melainkan usia yang meningkat angka. Dan, garisan waktu yang semakin bergerak ke hujung.
Untuk lelaki yang lewat aku faham jiwa gagahnya, terima kasih ayahanda. Untuk wanita yang tak pernah bisa aku hadam naluri ibunya, terima kasih bonda. Maafkan lah aku, anak yang selalu menumpah cela. Sering sahaja aku lewat faham dan tak pernah bisa hadam. Maafkan lah. Tetap aku anak kecil mu yang perlu dipimpin tangannya.
Terima kasih Tuhan, betapa sedar aku terizin hidup sampai saat ini atas ar-Rahim Mu. Mungkin kerana dosa terlambak.
Terima kasih teman, segala camping aku sanggup kau telan. Siapa sahaja yang tahan mengadap aib kita, melain dia benar-benar mahu kita ke syurga.
[ehsan] |
4 comments:
salam kak Nusrah,
selamat ulangtahun kelahiran!
semoga Allah selalu redha, jaga dan syg akak dan keluarga. Jaga diri selalu :))
Jazakillah khair amirah..
may Allah grants u with something muchhhhhhh better.
fi hifzillah..! :)
selamat ulangtahun. Biarpun terlewat beberapa hari. Mahu wish juga!
Semoga Allah s.w.t sentiasa permudahkan setiap urusan nusrah. Insha-Allah. =)
kak faien, jazakillah khair..
moga Allah mengurniakan akak sesuatu yang jauh lebih baik insyaAllah.
i lep u kak! ^^
Post a Comment