27 November 2013

Champak



Sering aku tertanya-tanya, apa yang aku punya? Tidak aku punya apa, melainkan nyawa yang banyak kali tercungap-cungap bila jahiliyah merentap jantung. Itu pun jua pinjaman Tuhan. Allah.

Bidadari-bidadari syurga, maaf. Aku selalu sahaja merencatkan perjalanan kita. Langkah aku lumpuh, minta dipapah dan larian kalian jadi lambat.

"Dan jika ditanya mana hati menyusup pergi, jawapannya di sini. Dengan mengeja aksaranya setiap satu, kau sedang membaca aku."

Tidak pasti seperti mana, aksara-aksara ini patut disusun. Mungkin nanar bunyinya. Bismillah. Dengan sepenuh cintaMu, Allah redhakanlah.




No comments: