31 December 2013

semalam

bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih Tuhan. Ini tahun yang benar-benar mematangkan. Diuji dengan segala kecintaan. Aku tidak pernah bertarung dengan siapa-siapa. Aku hanya melawan diri aku yang semalam.

Kalau semalam yang banyak keluar kata sia-sia, hari ini mulut aku kunci dari yang entah apa-apa. Kalau semalam akhlak menghitam, hari ini yang hitam aku padam. Kalau semalam tahajjud tertinggal, hari ini bingkas bangun menghindar bantal.

Aku tahu, kau juga sedang perit melawan kau yang semalam. Kita semua bertarung dengan jiwa semalam. Aku juga. Sering aku ulang diri aku tidak punya apa, selain jiwa semalam yang aku simpan menjadi bekal. Ini semua punya Tuhan.

Allah, berkati Januari ini.

[ehsan]

pesanan kecil : #champakzine masih ada. Jika mahu secara langsung dari saya, boleh juga berhubung di email : nusrahannur [at] gmail [dot] com


No comments: