01 January 2013

akan ada sahaja suara-suara, akan ada sahaja janji-janji.

Bismillahirrahmanirrahim..

[ehsan]


Kau tahu apa yang menyebabkan aku berani untuk terbang lebih tinggi?
Kerana aku yakin akan ada sahaja suara-suara damai yang berdendang dalam hati
--suara ummi.

Ini cerita tadi. Sewaktu ummi menelefon aku. Sengaja aku coretkan untuk berkongsi. Ummi banyak mengajar aku menjadi pendengar yang baik. Masakan tidak, dia sendiri adalah seorang pendengar yang sangat setia.

------

"Ummi, duit nusrah habis melabur untuk perkara ini sahaja." waktu itu air mata aku sudah menitis cuma aku paling hebat dalam menyembunyikan air mata. Buat-buat nada tersengih waktu meluahkan depan ummi.

"Tidak mengapa lah. Nanti Allah akan ganti dengan nilai yang lebih berharga." oh, lagi lah air mata tidak tertahan! Siapa yang boleh tahan bila dengar suara pujukan ibu sendiri. 

Dan buat sekian kalinya, pada awal tahun baru aku ditarbiyah lagi dengan sikap kebergantungan ummi pada Allah. Allahu Allah!

*Jeda seketika. Pusing sedikit ke waktu belakang*

Sebenarnya, sebelum sampai ke titik aku mula mengalirkan air mata itu, ummi puas bercerita perihal adik lelaki aku yang baru mahu sibuk-sibuk mengadu kasut sekolah dia koyak ketika dalam perjalanan menghantarnya pulang ke asrama tadi. Ummi asyik bercerita perihal dia tidak puas berjalan ke Melaka dan Port Dickson kerana ada halangan lain (oh, aku tiada sewaku ummi ke sana). Ummi mengadu, tiada satu pun gambar kenangan di Melaka. Ummi riuh bercerita perihal adik perempuan aku yang terpaksa menambahkan lagi satu semester gara-gara tidak lulus satu subjek. Dan aku, asyik juga mendengar keseronokan ummi bercerita. 

-------

Semua cerita ummi aku dengar. Seakan mahu dirakam setiap butir ayat yang keluar dari kotak suaranya. Aku cuba belajar menjadi pendengar yang baik kerana ummi sendiri tidak pernah gagal menjadi pendengar yang setia untuk aku.


--Perihal ketidakpuasan ummi ke Melaka dan Port Dickson, aku berjanji akan membawa ke mana sahaja semahunya dia sepuas-puasnya. Nanti.

--Perihal ketiadaan satu pun gambar di Melaka, aku berjanji akan merakam gambar dengan ummi di mana-mana sahaja sebanyak-banyaknya. Nanti.

--Ya, akan ada sahaja janji-janji untuk ummi. Teman, kau saksi janji aku.

------

Kau tahu, bila makin menginjak ke tahun baru, aku makin takut. Usia aku makin dekat dengan ajal maut. Aku takut janji-janji, nanti-nanti aku hanya tinggal suara kosong. Aku takut cita-cita aku mahu jadi anak solehah untuk ummi dan ayah hanya tersampahkan. Aku takut angan-angan aku untuk buat ummi dan ayah rasa bahagia punya aku sebagai anak perempuan akan tinggal kenangan. Aku takut.


6 comments:

aku-bukan-robot. said...

ngee~ betullah. banyak juga belajar mendengar dari puan ibu. dan pasti buleh mampu senyum dalam tangis bila muncul kata-kata. bidznillah.

semoga tahun yang berubah. amal bertmbah.

p/s:hari ni saya start hekzem atas kertas. doakan. ^_^

nusrah said...

nadiah :

khair, moga Allah mudahkan, Allah tenangkan hati spnjg jawab exam, Allah lapangkan dada utk ulangkaji :)

oh, brpa paper nadiah amik?

Ainum Lathifah said...

ameen :)

moga doa akak diaminkan malaikat. doakan juga supaya saya berjaya utk 'bahagiakan' ibu dan ayah :')

nusrah said...

ainum :
ameen. ameen. insyaAllah ainum, kebahagiaan sebenar utk ibu dan ayah kita adalah bila kita sama2 bpimpin tgn dgn mereka di syurga. dan detik itu kita akan rasa tak lama je lagi :')

take care my lovely ukhti!

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Nusrah,

Subhanallah.

Betullah bila kita bljr dr Ummi bt hati kita akan lebih peka bukan. Mir ada perangai mcm akak. Suka mendengar Emak bercerita itu ini. Bercerita dgn Emak itu ini. Rasa bahagia, damai hanya dgn belajar mendengar dari Emak. Perasaan tu tak dpt digambar.

Oh! buat diri tk sabar nk balik rumah selesai exam ni, tatap wajah Emak puas-puas. He he.

Kak Nusrah, jazakillah sekali lagi bt hati selalu bahagia baca aksara akak. Moga Allah selalu redha. :)

nusrah said...

wsalam warahmatullah mira.. :)

mira pun tengah musim exam? moga Allah mudahkan juga, moga Allah lapangkan dada utk mhadam ilmu2 Nya.insyaAllah..

Waiyyaki, moga Allah mengurniakan mira dengan sesuatu yang jauhhh lebih baik..

Selamat mjadi anak solehah! :)