05 January 2013

--lebih bersemangat dalam dakwah

Bismillahirrahmanirrahim..

aneh kan?
kau rasa tiada apa yang berubah
tapi bila kau tukar arah
mata kau tertangkap
keping-keping memori indah.

------

Aku rasa masih banyak yang aku belum buat untuk Islam. Ya, aku tahu. Klise bunyi nya. Aku rasa kosong. Entah lah. Kelmarin bila ada seorang adik junior hubungi aku bertanya khabar segala, aku cukup terkesan dengan kata-kata dia.

"Kak, jazakillah untuk semua. Moga kakak dan abang-abang senior yang lain lebih bersemangat dalam dakwah."

--lebih bersemangat dalam dakwah
--lebih bersemangat dalam dakwah
--lebih bersemangat dalam dakwah

Jujurnya, aku sendiri yang rasa ditarbiyah oleh adik-adik dan orang sekeliling aku. Setiap masa. Setiap kali. Sungguh.

------

Aku rindu zaman ketika daurah menjadi kebiasaan,
Bukan sekadar pelangkap pengisi program yang dipaksakan

Aku rindu zaman ketika tsiqah menjadi kekuatan,
Bukan keraguan apalagi kecurigaan

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan,
Bukan tuntutan, penghujahan dan perdagangan


Aku rindu zaman ketika
Kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini


Aku rindu zaman ketika
Pergi liqa selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan Quran terjemah
Ditambah sedikit hafalan


Aku rindu zaman itu..

Ya Rabb
Jangan Kau buang kenikmatan berdakwah dari hati-hati kami

Ya Rabb
Berikanlah kami keistiqamahan di jalan dakwah ini


-- Sang Murabbi, KH Rahmat Abdullah.


------

[Penuhkan bekalan yang perlu kau bawa. Aku bimbang kau tersesat kerana perjalanan kita masih panjang. Ehsan]

Sandarkan perjuangan kau pada yang Maha Kekal, bukan atas dasar semangat kerana dakwah itu boleh ranap bersama runtuhnya semangat.

6 comments:

.:: نورحبيب ::. said...

~da'wah never ending even we are graduated




p/s: sudah lama x ketemuan...
almost 1 year klu x salah la...

nusrah said...

kinah:

yes, i think so. almost 1 year. I also didnt 'see' you on fb, where have you been? deactivated from fb?

ps : im still the same sister that you know, still at um.. take care kinah! :) :)

.:: نورحبيب ::. said...

fb? ade je kak

deactivated? bleh ek deactivated(soalan budak yg blur ttg fb)

sy ade je kt ukm ni ha..x abes lagi..btw, akak buat ape lagi kt um?

nusrah said...

kinah, akak ckp camtu sebb akak dah lama tak nampak awak share ap2 kat fb. :)

msti la boleh, sebb akak selalu buat dulu. kih2

ps : akak meneruskan pertapaan lg di um.. ;)

Anonymous said...

dan yang membaca ini turut bersemangat. semangat semangat (= bidznillah

.:: نورحبيب ::. said...

x pernah pun share. jarang...ngah exam ni ghajin skit pi bukak fb. update gak sekali seminggu..^_^