30 December 2012

luah kan, zahir kan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku tidak pernah terfikir aku akan tersampai ke titik ini. Tulisan aku dibaca oleh orang yang jernih hatinya. 
Aku tidak pernah tersangka aku akan pergi sejauh ini. Tulisan aku dikelilingi oleh orang yang berjiwa besar.

aku sebenarnya manusia yang paling takut meluah rasa
aku sebenarnya makhluk yang paling takut mengaku lemah
sebab aku terbiasa dilihat ceria oleh teman-teman, terbiasa.

tapi dengan menulis, entah!
lain auranya
seolah kekuatan aku teralir lewat aksara
seolah ketakutan aku hilang dengan hanya sepatah dua kata
seolah semua rabak yang aku rasa hilang serta-merta.

-----

Dua tahun yang lalu, ini sahaja yang ada dalam minda aku, "Aku mahu buat blog juga lah! Macam seronok lihat kawan-kawan ada blog."

Kau tidak percaya? Lihat arkib lama aku. Tersengih-sengih nanti kau baca ayat tidak matang yang aku zahirkan.

-----

[ehsan]

Maka teman, kalau kau punya penyakit yang sama seperti aku;
--kau takut luah rasa
--kau takut akui lemah
--kau tidak mahu dilihat rabak

lalu menulis lah!
lalu luahkan lah!
lalu zahirkan lah!
pekik, laung, kongsi, tumpah kan suara-suara hati kau

di sini.

-----

Entri terakhir, tahun ini. Maaf, bunyi nya agak dramatik. Aku risau tidak sempat berterima kasih pada entri-entri mendatang. Jazakallah untuk kau yang merasa jatuh bangun aku, yang tidak pernah lelah mengalirkan cinta, yang tidak kisah mengenal sisi gelap aku. Ya, kau. Kau yang sedang membaca, siapa lagi. Bisa kau hadiahkan senyum untuk aku lagi?


10 comments:

Ulfa Hisham. said...

Teringin nak jumpa face-to-face. Hehe. :)

nusrah said...

Ulfa :
Me too. InsyaAllah we will meet someday, on a beautiful day. :') Tapi akak takut ulfa pengsan bila jumpa akak. tulisan lgsg tak sama dgn orgnya, huhu.

take care uppa! fi amaanillah :)

khalila ishak said...

Dear Ulfa : orangnya nice, manis2 gula gitu. hehe... lama x lawat blog cik adik sorg ni. blogging pun nila baru nak mula balik. makin hari makin matang ayat2 die. kalah cikgu BM x matang ni. hahaa!

yes, luahkan. kadangkala x semua bicara mampu terlafaz di bibir. lebih aman meluahkan pada susun aturnya aksara. ;)

ismi syahida said...

oh, akak suka yang ini.

sebab, rasa macam apa yang awak tulis tu macam diri sendiri.

jiwa kita, sama mungkin? ahah :)

nusrah said...

my lovely cousin :
haihh, manis sebb byk mkan gula2
-_-

finally, after waiting for a longgggg time, your blog is updated! Alhamdulillah :)

take care kak ila! oh, can I be your student teacher ila?

Kak syida :
ya, mungkin. orang yg lahir sama2 bulan 12 ni memang osem! hehe.
take care kak syida! May Allah grant you something better than me :)


aku-bukan-robot. said...

(= betul2.setuju sangat. dengan menulis. kadang2 unexpected. subhanallah. (=

nusrah said...

nadiah,
subhanaAllah, kan? moga kita dapat memaknakan semua tulisan kita selalu, insyaAllah..
take care! :)

khalila ishak said...

ehem ehem... I ade buat respon entry to your entry yg ni ;)

http://tarisijemari.blogspot.com/2012/12/respon-luahkan-zahirkan.html

Mutiara Bernilai said...

nah senyum lebar buat nusrah syg..

^_____________________________^

nusrah said...

Mutiara Bernilai :
kakkkkkkkkkk :')

where have you been? lama sy tak nampak entri akak dlm dashboard sy.. take care! :) :)

jazakillah for the smile!