13 September 2012

-- itu Allah

Bismillahirrahmanirrahim

[aneh yang cantik; hidup. ehsan ]


Pesan dekat orang lain pandai
"Sabar. Pertolongan Allah itu dekat."
tapi bila jadi dekat diri sendiri
mahu menyeringai telan rasa tabah; pahit.

Kita lain
aku tak boleh banding kondisi aku dengan kau
kau tak boleh banding kondisi kau dengan aku
tiap orang, lain Allah turunkan ujiannya
beda
aku B, kau A
tak sama.

Tapi percaya cakap aku
yang pegang hati orang yang sudah buat hidup kau jadi nanar -- itu Allah
yang Maha Merancang dan perancanganNya lebih baik -- itu Allah
yang buat kau kuat untuk lalu semua sakit yang kau rasa -- itu Allah

bila kau sudah rasa hati kau tawar
dunia kau macam jongkang-jongket; kejap turun kejap naik
apa yang kau nampak semua songsang dan terbalik
cuma satu, pulang ke tempat asal cinta -- itu Allah
Al-Insyirah, kurungan lima dan enam.

Nota Hujung Kalam : Tadi, masa aku dengar siaran ulangan yang Prof. Muhaya kongsi ilmu beliau dalam Islam Itu Indah, aku perasan banyak kali Prof. sebut pasal jurnal hidup. Beliau minta kita ulang, tulis, buat, baca hari-hari jurnal hidup. Kena letak 4 perkara penting ini dalam jurnal :

Satu : Bersyukur; sama ada saya bersyukur atau tidak hari ini.
Dua : Apa fikiran negatif yang menghalang kejayaan saya hari ini?
Tiga : Apa tabiat negatif yang perlu saya ubah hari ini?
Empat : Apa tindakan yang perlu saya buat untuk ubah tabiat negatif itu?
Jom buat! Biarlah orang tuding jari cakap-cakap yang kita sudah macam budak sekolah punya rambut belah tengah tersikat rapi; skema. Tapi, kita tahu yang benda itu boleh betulkan diri kita yang kadang compang-camping tak tentu hala. Heh. Aku tengah senyum ada gula ini, nampak? ;)


No comments: