18 September 2012

Dimensi

Bismillahirrahmanirrahim

"Kalau duduk dekat bilik bawah kita nampak terkepung sahaja kan? Nampak kotak-kotak bangunan. Keluar-keluar terus nampak macam terpenjara. Tapi kalau duduk dekat bilik atas kita nampak awan. Keluar-keluar terus nampak langit, luas!"

[kau mahu lihat dari dimensi yang mana? ehsan]


Nota Hujung Kalam : Jazakillah teman yang tumpangkan bilik. Tuhan ajarkan aku sesuatu lewat diri kau. Kita duduk dalam bangunan yang sama tapi kau ajarkan aku untuk memandang dari dimensi berbeza, atas bawah. Serupa macam kalau kita nampak sampah gula-gula tengah jalan; orang biasa-biasa nampak sampah itu kotor tapi orang luar biasa bila nampak sampah akan tergerak untuk bersihkan. Serupa macam kau terhempap dengan masalah; orang biasa-biasa nampak masalah sebagai batu penghalang tapi orang luar biasa nampak masalah sebagai batu loncatan. Ayuh, lompat lebih tinggi!

No comments: