19 September 2012

Kanvas

Bismillahirrahmanirrahim..

Nanti-nanti
bila kau jengah balik ke belakang
kau akan lihat kanvas hidup kau penuh dengan warna merah gagah
kau tak kan tersangka kaki kau cukup kukuh melangkah
kau jadi pahlawan diri kau sendiri
kau kibarkan panji-panji gemerlapan; saat kau menang dengan pertempuran diri kau sendiri.

"Orang bilang, 'Tingkap bas awam adalah sekolah falsafah yang terbaik.'
Mengapa?
Mudah saja, jawab aku, kerana bas itu adalah sesuatu yang 'bergerak', kita sebagai penumpang, dan menerusi tingkap bas, kita melihat dunia sepanjang perjalanan. Setiap detik setiap hentian adalah gambar, rakaman, cerita, hikayat, yang masing-masing menceritakan aliran masa dunia.
Dari sana, kita faham bagaimana dunia bergerak, bagaimana masyarakat manusia bernafas, bagaimana tamadun manusia berbunga dan meluruh, sebagainya.
Menerusi tingkap bas, kita melihat dunia yang luas didalam kadar masa yang singkat.
Imejan ini, setiap permandangan yang kita nampak, samada yang hitam atau putih, ataupun kelabu yang tersepit dicelah, akan menjadi seperti puzzle menanti untuk disambung-sambungkan, seperti tali-tali menunggu masa untuk disimpulkan. 
Seterusnya, ia menjadi berus-berus kolaj yang mencalit di atas kanvas kehidupan yang luas.
Seorang akademia pernah berkata, "To know yourself is to reach one another." Jadi, dengan kita menonton alur jalur hidup masyarakat, dengan secara tidak langsung kita sebenarnya melihat kosmos sanubari kita sendiri yang direfleksi di atas cermin tingkap bas." - jhnrdzi

[Kau boleh jatuh walau 100 kali bertubi-tubi, tapi bangun semula untuk ke 101 kali.  ehsan]



2 comments:

Khalis. said...

subhanallah :') refleksi diri

nusrah said...

wardatul jannah :
subhanaAllah.. :')
moga dlm kecintaan Allah slalu :)