18 June 2012

Nota Kecil : Langit Vanilla

Assalamualaikum warahmatullah. Moga kalian terus dalam rahmat Allah.


Ini, sedikit nota kecil yang aku buat bagi Langit Vanilla. Telah lama aku simpan notanya di laman Goodreads. Cuma sekarang aku baru tergerak untuk kongsikannya di sini.


"Kau memang malas baca buku, kan? Kau lihat muka depannya saja.Kau ingat kalau aku ceraikan isi buku dengan kulit luarnya,dan aku jual,mana yang lebih mahal?kau nak beli kulit?"

Jujur, sejak aku kenal Kak Wani lewat seorang teman maya iaitu syafiqah, aras kesukaan aku pada antena puisi makin bertambah. Jazakillah adik manis. Senyum. Buku yang punya kertas menguning ini aku dapatkan tidak kurang dua bulan yang lalu. Ya, di pesta buku.

Mengapa aku beli? Sedangkan bisa saja aku baca lewat laman Kak Wani sendiri. Kalau kau rasa apa yang aku rasa, mungkin jawapan kita serupa. Lain rencahnya kan kalau kita tatap antena puisi di laman maya dengan yang kita baca di umpukan helaian kertas. Betul, itu yang aku rasa. Sebab itu aku beli.

Yang paling aku suka? "Tinggi Rendah". Bila Kak Wani bicara dari sisi orang yang baru mengenakan hijab (sudah lama juga aku rasa), aku ini yang telah Allah pilih untuk mengenakan kewajipan berhijab dengan sempurna, sejujurnya rasa terbuai sedikit. Allah...moga lebih ramai lagi yang bisa berhijab dengan sempurna. Kerana berhijab dengan sempurna itu bukan untuk akhawat sahaja, tapi untuk semua.

Aku lihat ramai juga anak-anak muda (yang kebanyakan nya sebaya aku) meminati karya-karya sebegini. Terkagum. Moga lebih ramai tukang coret persis Kak Wani yang bisa menyalurkan bakat-bakat pinjaman Allah ini pada jalan Islam. Kita menanti pelapis Rumi, al-Mutanabbi, Kahlil Gibran, Buya Hamka yang seterusnya. Biiznillah.








Nota Hujung Kalam : Kau pula, bagaimana? Aras kesukaan kau banyak mana? Bisa kan kau kongsinya dengan aku di sini. Senyum.

No comments: