17 June 2012

Gelimpang

Bismillahirrahmanirrahim

kalau awan lelah kerinduan pada hujan
aku lelah kerinduan pada kau kawan
mahu sahaja aku putar jam ke belakang
menyusun memori kita yang tergelimpang.

perihal dunia benar-benar membunuh kasih sayang kau dan aku
dan aku hanya mampu tunduk kaku
saat mata kau dan aku berbalas senyum.

awan dan hujan, bisa kau khabarkan salam kerinduan?
hati aku sudah tidak keruan
sebak terpendam.

[Cepat kau pulang. Kita sama-sama kutip memori kita yang hilang. Sungguh aku rindu. Ehsan gambar]

Nota hujung kalam : Perihal kawan, aku benar-benar cepat nanar. Entah. Mungkin kerana aku memang tidak suka pura-pura sayang. Sayang aku pada kawan kerana Allah. Sayang yang aku mahu tersambung sampai syurga. Aduh, sesak tahan rindu walau sudah depan mata! Ya Rahman, Kau susupkan cinta Kau yang teragung itu dalam jiwanya. :')

No comments: