19 June 2012

Biasa-biasa

Bismillahirrahmanirrahim

aku ini perempuan biasa-biasa
langsung tak sempurna
cuma aku cuba jadi luar biasa
bila iman jadi perisai.

jika ada sampai
seribu pintu fitnah yang terbentang depan mata
habis daya aku cuba rantai, kesemuanya
langsung tutup rapat tanpa rongga

kerana aku ini kan cuma perempuan biasa-biasa tadi
yang cuba jadi luar biasa bila dengan iman.

[ehsan gambar]

Nota Hujung Kalam : Fitnah, antara perkara yang paling aku takut dalam hidup. Siapa pun bisa jadi nanar kalau 'terpilih' jadi mangsa dan bahan fitnah. Tambah lagi aku ini perempuan, kiri kanan pintu fitnah tersimpang. Cara terbaik yang aku buat sekarang, aku rantai kesemua pintu dengan menjaga ikhtilat dan aurat.

No comments: