06 June 2012

Bunga

Bismillahirrahmanirrahim

Detik kau membungakan senyum
aku terjangkit sama
bila terpandang
kau akan melihat senyum aku turut membunga

Detik kau membungakan lagi senyum
mirip cermin
bila terpandang
kau akan melihat senyum aku terbias sama

Tanpa perlu cerminan
tanpa perlu memandang
hanya lewat kau punya kiriman khabar
dan senyum aku mampu lagi berbunga

"Walau hanya pada kiriman khabar aku lihat kau sama-sama membungakan senyum."
[ehsan gambar]

Nota hujung kalam : Aku mahu tanya. Pernah kau alami satu saat kau hanya membaca mesej yang langsung tiada tanda senyum semacam ini; =) tapi kau terperasan bibir kau mampu membungakan senyum serta-merta? Andai sahaja kau tahu pengirim mesej itu sebenarnya terlebih gula senyum nya saat mesej itu ditaip, jadi dia tanpa sengaja menitipkan sekali aura senyum lewat kiriman mesej.

Nota hujung kalam 2 : Kalau bisa dikira kau punya nilai pahala hanya dengan senyum, mesti kau keharuan. Betapa sayang Allah pada aku dan kau. Kau dapat pahala atas nama kebaikan dan kau dapat pahala atas nama sunnah. Dan bila orang lain terjangkit sama, pahala kau bertambah lagi kerana kau mengajak orang itu pada kebaikan.

Nota hujung kalam 3 : Aku percaya kau akan tersenyum menatap ini.

3 comments:

sya-hi-da said...

Nota hujung kalam 2 : Kalau bisa dikira kau punya nilai pahala hanya dengan senyum, mesti kau keharuan. Betapa sayang Allah pada aku dan kau. Kau dapat pahala atas nama kebaikan dan kau dapat pahala atas nama sunnah. Dan bila orang lain terjangkit sama, pahala kau bertambah lagi kerana kau mengajak orang itu pada kebaikan.

terima kasih untuk nota ni. sungguh, buat rasa nak menitis airmata. T.T

nusrah said...

kak syida, alhamdulillah.. Allah yg bagi ilham ni kak.

rindu akak.. :')

Izzati Hashim said...

Senyum seindah suria, yang membawa cahaya...

Senyuman dari hati akan sampai ke hati orang yang melihatnya jua.

Indahkan? (=