20 May 2012

Adam, tolong faham.

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku ini Hawa. Yang pada fitrahnya penuh dengan emosi dan sering juga tertewas dengan emosi. Bisa kah kau baca dari lubuk hati? Sekali sahaja untuk kali ini. Tolong ya?

Begini Adam, aku ini sering sahaja syaitan cuba kosmetikkan. Sering.

Kalau Hawa tidak cantik rupa, nanti Syaitan cuba cantikkan suara.
Kalau Hawa tidak pandai bergaya, nanti Syaitan pandaikan dengan tutur bahasa.
Kalau Hawa tidak sedap budi bicara, nanti Syaitan sedapkan dengan lirikan mata.
Aduh, liciknya kau Syaitan! Semua pintu fitnah kau cuba.

Aku bukan mahu kau telan apa yang aku coret sampai kau mahu simpan dendam. Tapi aku mahu kau terima yang aku bilang ini sampai kau hadam. Tolong ya, faham.

Lepas ini aku harap Adam, jangan lagi kau cuba ulang,
"Hawa sombong, aku cuma mahu beramah mesra! Kalau jumpa, pandang Adam pun tidak!"

Lap peluh.

Kalau Hawa tidak ramah mesra, betapa comot muka Hawa tanpa sebarang senyuman.
Kalau Hawa tidak ramah mesra, tentu sahaja habis semua mad'u lari bertempiaran.
"Andai sahaja Adam faham yang ramah mesra itu Hawa selalu cuba posisikan pada tempatnya."

Ya, pada tempatnya.
Kalau melayan khidmat pesanan ringkas atau mana-mana komen Adam di Mukabuku
waktu lewat-lewat malam begitu
sedang isinya pula merapu
Apa itu sesuatu yang perlu?
Apa itu kena pada tempatnya?

Bukan tidak mahu memandang Adam,
Tapi Hawa mahu menjaga apa yang dipandang.
Beza kan tidak mahu memandang dengan mahu menjaga apa yang dipandang?


"Kerana aku tidak pernah pasti nilaian solehah itu di mata Tuhan
sebab itu Adam, kau selalu melihat aku kabut-kabut merebut cinta Nya 
- tanpa ada racun jahiliyah walau setitik pun." 
"Jangan engkau pernah samakan perempuan itu satu masa dahulu dengan kini. Masa merubah segala kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga dirinya dan hatinya. - Ukhti Tg Farra Waheeda."


[Orang selalu kaitkan wanita solehah dengan mawar berduri, tapi masalahnya aku tidak suka bunga. Kalau mahu tukar dengan kura-kura boleh? Ada perisai juga kan. Eh? Ehsan Gambar]

3 comments:

Umairah. said...

subhanallah,
this is awesome-

:))

ps: hehe, suka.

Haulid Al-Hararr said...

kura2?? hahaha....
betul tu... boleh sorok badan dan kepala sekali..

nusrah said...

Umy :
Alhamdulillah. :D

Haulid al-Hararr:
aah. kura-kura dik :)