20 May 2012

Rahmah

Bismillahirrahmanirrahim

Bila ada kesakitan menusuk
jauh ke dalam tempat letak nya rasa
betapa aku sedar
cinta Allah itu memuaskan
amat.

Dan saat jiwa bagai sempit terhimpit
tiada ruang untuk berlapang
sesak dengan sebak yang ditiup-tiup
- "Tuhan, Kau penuhkan lah jiwa mereka dengan rahmah Mu. Mungkin mereka menikam aku sebegitu kerana kurang merasa kecukupan rahmah Mu. Sungguh aku tidak mampu mengusir rasa pedih tanpa ehsan dan rahmah Mu, juga. "

Buangkan lah duri yang tertusuk
Hanya Kau yang bisa memujuk.

[Kalau ada ubat yang hilangkan rasa sakit kerana sukar berlapang dada, sudah aku telan habis walaupun pahit rasanya. Oh, lemah dan manjanya aku! Betapa umat semakin tenat kalau aku asyik sukar berlapang dada. Senang sahaja aku menambahkan lagi beban dakwah yang sedia ada. Ehsan gambar]

Nota Hujung Kalam : Sungguh, salamatus sadr itu sangat berat bagi aku yang masih penuh dengan rasa jahiliyah. Jelas sahaja aku belum benar-benar ambil ibrah dari peristiwa Thaif. Saat Kekasih Hati saw penuh luka duka berdarah, Baginda masih mampu berlapang dada. Langsung tidak membenarkan Jibril membalas. Allah..

Nota Hujung Kalam 2 : Orang yang selalu kau lihat dia ceria dan nampak kuat zahirnya, sebenarnya sering sahaja menangis resah depan Allah, segala rasa hatinya tertumpah pada Allah dan dia sering tertewas lemah, juga depan Allah. Kerana hanya dari situ dia bisa mengumpul semula kekuatan.

Nota Hujung Kalam 3 : Saat kau tersenyum, aku lihat bagai alam juga turut membungakan senyum. Dan bagai cermin, senyum itu terbias di muka ku. Jazakillah Awanis. :')

3 comments:

khalila ishak said...

assalamu'alaikum. lama x singgah blog adik manis neh ;)

ismisyahida. said...

salam.

sangat setuju dengan nota hujung kalam 2.

ya, orang akan tengok kita senyum dan senyum itu tak pernah lekang. di sebalik senyum tu, orang tak pernah nak tahu ada apa.

kan.

nusrah said...

kak ila :
wsalam warahmatullah. sory lama tak tnye khabar. abes dah ke praktikal? xpe, nti kita chat kat fb ye :D

kak syida :
indeed kak.

"He knows what is in every heart" [67:13]