15 May 2012

Bersatu

Bismillahirrahmanirrahim

Siapa sangka, saat-saat doa itu meniti lewat sujud;

Saat aku, "Allah beri kan yang terbaik untuk dia. Mudahkan setiap urusannya."
Saat dia, "Allah beri kan yang terbaik untuk dia. Mudahkan setiap urusannya."

Saat aku memohon yang terbaik untuk kau, dan kau memohon yang terbaik untuk aku,
Itu juga saat doa kau dan aku bersatu dalam tangan Rabbi.

Tiada yang mustahil, itu kuasa doa.
Sebab kita sentiasa punya penyampai yang amanah mengirimkan doa itu terus ke langit.

Bilang Kahlil Gibran, ingatan adalah suatu bentuk pertemuan.
Jadi, tidak hairan kita selalu bertemu dalam doa kan?

"Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu).” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)."

[Isu Palestin ini sudah lama. Malah lebih lama dari usia gambar ini.]

Nota Hujung Kalam : Kita ini kadang-kadang cepat lupa kan? Eh, bukan kita! Aku seorang sebenarnya. Saat  dijentik dengan isu-isu besar, baru mahu terkocoh mengingati balik jeritan anak kecil di Palestin. Apakah?

2 comments:

Yildirim Fateh said...

kak nusrah

cara mudah saya buat setiap hari akan cari berita tentang palestin dan seumpamanya(somalia, libya, syria dll).

biar kita tak lupa akan mereka.

nusrah said...

razi :
jazakallah dgn perkongsian. :)
Moga Allah megurniakan kita hati-hati yg sentiasa peduli dgn masalah umat.