17 April 2012

Satu Macam.

Bismillahirrahmanirrahim

Ada satu macam tingkah
Bukannya susah
Kau hanya perlu mengizinkan tangan kiri dan kanan kau menadah
Juga hati, biarkan ia langsung menyerah.

Ada satu macam usaha
Saat kehabisan kudrat menyapa
Saat kau tidak lagi punya upaya
Kau masih bisa menitipkan doa
Jauh, menuju di atas sana.

Ada satu macam rasa
Jenuh mengisi kosongan jiwa
Pada detik kau melihat dia membungakan senyum di muka
Lebih indah dari menguntumnya sakura

Geleng kepala
Bukan cinta
Tapi bahagia.

[Ehsan gambar]














Nota Hujung Kalam : Andai kau sudah habis kudrat, kau masih punya Pengurnia Kudrat. Selalu ada. Andai kau sudah habis asa berdoa, kau sentiasa punya Pengkabul Doa. Sentiasa ada. Kau adalah aku. Titik.

Nota Hujung Kalam 2 : Sesungguhnya jika diriku adalah seseorang yang berjauhan dari sahabatku, di bumi dan di langit, maka akulah orang yang akan menolongnya. Bila dia mengenakan pakaian yang indah, tidaklah aku berkata, "Seandainya aku mendapatkan keindahan pakaiannya." - La Tahzan, halaman 129.

Nota Hujung Kalam 3 : Jika kau berada dalam posisi di mana kau sedang membantu seseorang, berbahagialah. Kerana Allah memakbulkan doanya lewat diri kau. - Nouman Ali Khan.

Nota Hujung Kalam 4 : Aduhai, ada satu macam hadith Kekasih Hati saw yang aku lupa sanad dan matan penuhnya. Tentang doa seorang muslim kepada saudaranya yang lain. Sadis. :(



No comments: