11 April 2012

Taip Padam

Bismillahirrahmanirrahim..

Eja
Taip
Satu-satu
Padam.

Eja
Taip
Satu-satu
Padam.

Cuba lagi
Buat entah ke berapa kali
Aku jadi lupa sendiri.

Puas aku berlari
Hatta terperosok ke tariq sepi
Hampa, kosong lagi.

Berpaling ke belakang
Menebak apa yang kurang
Apa kerana ruh Islam itu sudah terbang?
Atau azab dosa berbilang?

Maafkan aku teman kiri
Lelah kau mencatat nota nurani
Asyik warna hitam aku palitkan.

Maafkan aku teman kanan
Bosan kau menunggu
Yang ada cuma sisa waktu
Tiada satu putih aku coretkan.


[Keluarkan hati aku dari penjara jahiliyah Tuhan - Ehsan gambar.]















Nota Hujung Kalam 1 : "Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu ketika bangun membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur meningati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah SWT, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati." - Imam al Ghazali. Baca sini.

Nota Hujung Kalam 2 : "Kita kadang merasa lebih benar, lebih baik, lebih tinggi, dan lebih suci dibanding mereka yang kita nasihati. Hanya mengingatkan kembali kepada diri ini; jika kau merasa besar, periksa hatimu, mungkin ia sedang bengkak. Jika kau merasa suci, periksa jiwamu, mungkin itu putihnya nanah dari luka nurani.  Jika kau merasa tinggi, periksa batinmu, mungkin ia sedang melayang kehilangan pajakan. Jika kau merasa wangi, periksa ikhlasmu, mungkin itu asap dari amal solehmu YANG HANGUS DIBAKAR RIYA'." - Dalam Dekapan Ukhwah, Salim A. Fillah.


Nota Hujung Kalam 3 : Takziah buat hati sendiri. Sudah mati sebelum mati. Asif, tuanmu membiarkan engkau kosong tanpa isi. Jujur sampai detik ini, aku tidak bisa mengalirkan dakwat dan tinta dari hati. Tuhan, apa yang aku bisa hulurkan kepada Mu di akhirat nanti? 


No comments: