31 March 2012

Tinggi Rendah

Bismillahirrahmanirrahim
Kerana dalam matamu aku terimbas Tuhan-
hampir.
Kerana tudung labuhmu yang ranum dicumbu mentari,
tudung labuhmu yang menari disiul bayu,
aku jadi hendak tahu-
apa kau tidak panas?
Apa kau tidak peluh?
Apa kau tidak serabut kepalamu dibalut bak bayi dibedung?
Di balik mekarnya senyummu tanpa dibaja gincu,
aku hidu bahagia,
aku baca redha.
Aku jadi hendak tahu-
apa kau tidak teringin bebas bermain?
Apa kau tidak teringin gaya terkini?
Apa kau tidak teringin wajah mulusmu dihias warni?
Di balik rendahnya penampilanmu dan tingginya penyerahanmu,
aku jadi kagum.
Hebat mahumu pada syurga yang belum ternampak,
hingga buta pada dunia yang di kanan-kiri terlambak.
[Penghargaan gambar di sini. Kagum aku dengan pelukisnya tetapi kagum dengan Tuhanku lebih lagi dan aku tidak akan pernah berhenti kagum dengan Tuhan yang mengurniakan bakat seni buat insan-insan ini. Sungguh Maha Berseni Tuhan itu.  SubhanaAllah ]
Nota Hujung Kalam 1 :  Ini aku pinjam dari si cantik manis Kak Wani Ardy. Jazakillah, aku merasa terbuai. Malah mungkin mukminah di luar sana mengalirkan rasa yang sama. Dihargai. Moga Kak Wani juga menjadi wanita lindungan Tuhan yang terpilih. 
Nota Hujung Kalam 2 : Asif andai ada yang kurang senang dengan lantunan puisi yang aku kerap sisipkan. Ini sisi kanan aku yang Tuhan anugerahkan dan aku cuba salurkan pada lorong cinta Tuhan. InsyaAllah. Aku mohon doa kalian.
Nota Hujung Kalam 3 : Tahukah kalian di Negeri Cik Siti Wan Kembang, negeri pimpinan ulama' itu, bahawa orang yang menutup aurat sangat dihargai. Hinggakan ucapan terima kasih dirakamkan pada papan iklan  tepian jalan. Yang tidak menutup aurat dengan sempurna pula, bersiap-siagalah dengan wang poket RM500.00 (Senyum sarkastik). Oh, aku rindu pada bayu Islam di Kelantan! :')
Nota Hujung Kalam 4 : Apa kau tidak mengambil ibrah dari peristiwa wanita yang dipukul sampai mati gara-gara dia dianggap perempuan teroris hanya kerana dia berhijab? Apa kau tidak bersyukur hidup di negara yang tidak pernah menghalang kau sama sekali untuk berkerudung?

2 comments:

syafa mohamed said...

salam alayk kak atiyah..

pada sisi yang itu,syafa suka setiap puisi atau apa jenis bait kata sekalipun yang akak lantunkan.

jazakillah khayr kerana kata itu yang selalu buat syafa peroleh semangat, bisa memuhasabah, belajar untuk selalu syukur dan suka pada kebaikan.

nusrah said...

wsalam warahmatullah syafa,
Allahu..tsumma hamdan lillah. Bait-bait ini punya Allah jua asalnya, akak hanya diberi pinjam.

Allah jualah yang meniupkan semangat dan roh Islam dalam hati syafa. Moga dalam lindungan Allah selalu ye sayang.

Akak rindu dgn syafa :')