08 March 2012

Sayang Kerana Allah Selalu

Uhibbuki fillah,
Sayang kerana Allah selalu.

Sayang yang tidak dapat diungkapkan,
Sandarannya pada Allah yang Maha Kekal,
Kerana pada Allah jua lah tempat asal kurniaan kasih sayang itu.

Jika sayang nya tidak terlihat,
kerana jasadku jauh,
atau sudah terpisah dari nyawa,
Ketahuilah bahawa hanya Allah sahaja,
yang Maha Menyayangi mu sepenuh masa,
lebih dari kemampuanku.

Asif,
Andai aku tidak mampu menjadi sahabat yang terbaik,
dalam menyayangi kamu.
Sungguh terlalu banyak khilaf aku.


"Sebaik-baik sahabat disisi Allah adalah orang yang terbaik kepada temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah orang yang terbaik pada jirannya - Hadith Riwayat alHakim."

"Sahabat yang baik adalah yang seiring jalan denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya - Nukilan Imam Syafie."

p/s : Buat teman-teman syurga, tolong ingatkan aku pada bahaya dunia agar aku tahu akhirat itu destinasinya.

2 comments:

Anonymous said...

"tolong ingatkan aku pada bahaya dunia agar aku tahu akhirat itu destinasinya."

mintak izin quote ayat nih.tq (=

tolong ingatkan kte jugak.ngeh3-ctz

nusrah said...

Zakiah,
Ambil sahaja. Semestinya bukan milik aku sepenuhnya, pinjaman ilham dari Tuhan.

Ingat aku juga sentiasa. (Risau benar tercampak lagi dalam kotoran jahiliyah)