26 March 2012

Katak Dalam Gelas

Bismillahirrahmanirrahim

Aku Siapa
Mencari Kartika
Bilang
Malahan mungkin banyak lagi

Rasa yang tidak bisa dicernakan otak
Sesak
Merasakan aku mundur ke belakang
Terlalu jauh ketinggalan
Jenuh dibaham musuh dalam selimut

Aku begitu risaukan diriku
Yang mati sebelum mati.

Laksana katak dalam gelas
Hanya mampu melihat habuan lalat
sedang diri terkurung tidak bertindak.
Hanya mampu melihat umat tenat
sedang ketawaku masih meledak
tanpa satu usaha dakwah yang aku lakukan. 

Boleh jadi Islam itu ranap 
kerana umatnya sendiri yang menjadi gunting dalam lipatan.

Bila Islam diambil separuh-separuh, bukan sepenuhnya.
Bila al-Quran dibiarkan berhabuk tanpa ditadabbur.
Bila Sirah tidak diambil sebagai ikhtibar.
Daie, tugas kita masih bertimbun.



[Boleh kau membayangkan jiwa yang mati dan tandus itu bagaimana? Melihat tanah yang tandus pun aku sudah gerun, inikan lagi hati. Penghargaan gambar di sini.]




Nota Hujung Kalam 1 : Fikiran aku benar-benar berkecamuk. Jiwa dan raga aku benar-benar dipukul. Sungguh terlalu lama aku membiarkan umat terus mati sebelum mati. Begitu kuat 'musuh dalam selimut' bekerja 'menegakkan kebenaran', sedang kita daie? Allah. 


Nota Hujung Kalam 2 : Ismail adalah antara guru tarbiyah yang terbaik. Kata teman aku, "Menangis Ismail andai tahu manusia semuanya berjiwa lemah". Ismail kekal menunduk dan patuh pada Allah, kakinya masih tertegun di tanah, malahan rumput juga dimakan. Andai sahaja aku bisa sisipkan gambar Ismail di sini. Beruntung kau teman, tidak geli pada makhluk bergelar haiwan. Aku? Melihat ulat bulu di daun pun sudah menggila jeritnya. Hah!


Nota Hujung Kalam 3 : 'Musuh dalam selimut', kalian yang membaca bait-bait tertera akan mengerti. Aku tidak pernah menyalahkan mereka, malahan aku menuding jari kepada diriku sendiri. Bilang Kak Zi, mahu menerangkan kegelapan ini dengan mendalami ilmu aqidah dan falsafah islam. Mereka ini banyak bermain dengan logik akal.



No comments: