23 March 2012

Undur Sejuta Langkah

Bismillahirrahmanirrahim

Andai sahaja aku tahu
kecintaan yang kau warwarkan itu
mengurangkan darjah kecintaan kau
pada Pengurnia Cinta 
aku lebih tega mengundur sejuta langkah
langsung kabur dari deria lihat.

Kabut aku kerisauan
jika kecintaan itu diletakkan pada yang tidak kekal
dan bila ternyata aku sebahagian dari dunia dan isinya
jelas aku ini tidak kekal.

Saat aku pergi 
cuma Pengurnia Cinta itu yang tinggal.

Boleh jadi hati itu mengaku cinta disandar pada Dia
tapi dalamnya penuh dengan belitan jahiliyah
Gerun?
Malahan aku lebih gerun.

[Penghargaan gambar di sini.]


Nota Hujung Kalam 1 : Ini. Buat semua yang dikatakan asyik bercinta. Bukan aku terlalu mengetat, tapi aku mahu diri aku sendiri dan kalian beringat. Atas sandaran apa cinta itu diletakkan? Aku juga manusia biasa yang Allah akan uji suatu hari nanti dengan cinta suami isteri. 

Nota Hujung Kalam 2 : ‎"Mengapa saya menulis semua ini? Supaya anak muda yang gatal bercinta di celah cita-cita dapat menampar pipi masing-masing agar celik mata melihat ke depan. Jika menolak zina pun menjadi kepayahan, halau dirimu daripada cinta dan perkahwinan. Bosan saya melihat jiwa lemah yang merengek-rengek minta ihsan. Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumahtangga bukan Utopia Cloud Nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka. Namun dalam duka tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup rumah tangga. medan memberi yang paling mulia." ~ Ust Hasrizal Abd Jamil, Aku Terima Nikahnya.


No comments: