15 February 2012

Jika Langit Menerima, Bumi Juga Sama.


Assalamualaikum warahmatullah.
Moga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.

"Kakak, terima kasih."
"Untuk apa?"
"Untuk semuanya. Setiap kali habis bulatan riang gembira, saya mesti rasa betul-betul gembira."
"Tsumma hamdan lillah."

Setiap kali mahu turun ke halaqah cinta, hati mesti gusar kebiasaannya. Risau akan mengecewakan adik-adik dengan pengisian yang tidak ikhlas datang dari hati. Risau adik-adik datang bukan kerana Dia, tapi kerana rasa terpaksa dan serba salah dengan saya jika tidak menunjukkan muka. Risau kalau Allah tidak redha dengan setiap tutur kata, lalu sia-sia dan buang masa sahaja. Nauzubillah.

[Anda akan berasa seperti kehilangan sesuatu bila anda tiada lagi hubungan dengan Allah. Penghargaan gambar di sini.]

Sujud syukur. Malah kalau sujud beratus kali pun tidak terungkap rasa terima kasih itu. Benar-benar nikmat yang besar bila Allah redha dengan langkah kaki yang diatur. Nikmat bila Allah merahmati detik-detik ketika kami berkumpul. Nikmat juga bila apa yang ingin dikongsi bukan sekadar menjengah gegendang telinga, tapi sampai ke sanubari. Benarlah, untaian kata yang datang dari hati akan menyentuh ke hati juga dengan izin Allah.

Kalau hanya dengan keikhlasan sendiri dan rahmat Allah itu sudah mampu mengikat hati-hati kami, sungguh tiada lagi yang saya mahukan dengan ikatan ukhwah ini melainkan kami dihimpunkan lagi sekali di Jannah kelak. Selalu sahaja berdoa agar Allah dahulu yang memandang dan menerima segala amalan. Jika yang di langit sudah menerima, di bumi juga semestinya.

Masih kah kalian ingat dengan kisah Uwais al-Qarni yang terlalu mencintai kekasih hati, Muhammad saw? Hinggakan dia sanggup turut sama mematahkan giginya bila mendengar berita kekasih hati patah gigi dalam Perang Uhud. Namanya cukup harum di dada langit, walhal di bumi hidupnya sempit. Segala tindak-tanduknya langit dahulu yang menjadi saksi, namun di bumi beliau langsung tidak dikenali. Malah dicemuh pula kerana kemiskinan yang ditanggung. Allahu rabbi..

Allah, pandanglah daku dengan rahmat dan keredhaanMu.

"Orang yang banyak harga diri suka menghargai. Orang yang kurang harga diri suka dihargai dan mencari penghargaan manusia." - Prof. Dr. Muhaya.


"Barangsiapa yang tidak ingin dirinya dikenal
bererti dia telah menghidupkan jiwa
dan membahagiakannya.
Dia tidak melewati harinya
dalam keadaan lapar dan gelisah.
Sesungguhnya angin
ketika bertiup dengan kencangnya
yang dihentam hanyalah bahagian pucuk pohon sahaja." 
- Halaman 291, Penyair Tanpa Nama, La Tahzan.


p/s : Oh, yang ini buat tatapan kalian. Teramat suka dengan cara si gadis menuturkan tentang amalan yang diterima langit pasti diterima di bumi, "iza qubul fi as-sama', faqat qubul fi al-ardh."


2 comments:

Nazihah@Jiha said...

Allahu Rabbio..rindu dgn usrah :')
teringat kata kak naqibah 'sem2 nnt jiha pula bawa adik2 usrah' Allah...
rasa tak lyk :'(

mengingati apa yg org lain berikan,bkn apa yg kita berikan :)

terima kasih kak =')

nusrah said...

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat mnympaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan" ~ Imam Hasan al-Basri

InsyaAllah, jiha boleh! :)
Do it for the sake of Allah and for the name of Islam. rindu ngan jiha..!

Sayang kerana Allah selalu.. ^^