10 February 2012

Pengemis Cinta

Assalamualaikum warahmatullah.
Moga hati kita makin dekat dengan Allah. Ketahuilah, saat Dia mendekat itu adalah satu nikmat. Sungguh!

Halaman baru dijeda
Buat sedetik cuma
Sekadar menimbang semula yang lama
Satu demi satu
Cuba diselak
Sudah lusuh rupanya di makan usia
Masih banyak ruang kosong
Jelas lompong
Tidak diisi dengan cinta
Mungkin cinta yang ada hanya suam-suam kuku
Atau masih tidak ikhlaskah?

Allah, setiap detik aku mencuba
Malah acap kali luka bernanah
Bantulah aku rasainya
Walau untuk sehela nafas
Sungguh aku tidak mampu tanpa ehsanMu

"Marilah kita beriman walau sesaat, sesungguhnya hati itu berbolak-balik (perubahannya) lebih cepat daripada berbolak-baliknya air mendidih dalam periuk. ~ Kalimat Ibnu Rawahah kepada Abu Darda' "

"Ku cuba menghulurkan sebuah hadiah kepada Mu, tapi mungkin kerana isinya tidak sempurna tiada seri. ~ Sesungguhnya, Raihan. "
p/s : Cuba menyingkap kembali Mutabaah Amal yang penuh dengan kotak-kotak kosong. Perlu ada mujahadah untuk memastikan ia bukan sekadar kotak kosong lagi. Cuba dan cuba lagi walau perlu mengemis kasih. Moga di penghujung hayat nanti ia penuh dengan tanda-tanda cinta. Ya, benar. Sungguh aku pengemis cinta. Bantu hambaMu ya Allah.



7 comments:

Dr Ibnbakr said...

"Moga hati kita makin dekat dengan Allah. Ketahuilah, saat Dia mendekat itu adalah satu nikmat. Sungguh!"

Sangat betul.Saat kita terasa hilang kasih sayang manusia,pertama sekali kita perlu koreksi kasih dan cinta kepada Sang Pencipta.

Terlalu asyik mengemis cinta manusia,sehingga lupa adanya cinta dari DIA,selama-lamanya kita menjadi pengemis yang buta.

nusrah said...

"Terlalu asyik mengemis cinta manusia, sehingga lupa adanya cinta dari DIA, selama-lamanya kita jadi pengemis yang buta." - Nice quote dik.

Jazakallah for being here, may your heart stay close to Allah. insyaAllah

muzze spas said...

Surah al-Mulk:13, He knows what is in every heart...

So true, especially when we r able to memorize the surah n understand its meaning...then keep reciting it every night before going to sleep...sometimes can recite the surah in our solah (isya')........

The prophet encouraged his follower to memorize this surah.

Abdullah Ibn 'Abbas (radiAllahu anhu) reported that the Prophet (salallahu alayhi wasalm) said, "it is my desire/love that surah Mulk should be in the heart of every muslim"
[Hakim, al-Hisnul Haseen by the cassical scholar Muhammad al-Jazri]

When recite the surah in prayer, its really give a huge impact....a lot of important reminders & lessons from Allah....especially when it comes to verse 23.....sometimes tears falling down in face when coming to this verse........

"He initiated our creation, He gave us hearing, He endowed us seeing (eyes), & hearts.....but little thanks we give.......how little we use these abilities to obey Him, to follow His commandments, & avoid His prohibitions....

Now i realized why the Prophet wanted His followers to read the surah every night........"

With so many blessings that Allah has given...why should I not be His grateful slave............

syafa mohamed said...

kata ummi naqibah syafa, walaupun jasad kita berjauhan tapi hasil dr mutabaah amal yg berterusan itulah yang menyatukan jiwa kita semua^^

Allah tak tinggalkan jiwa kita bersendirian bukan;')

salam rindu dr syafa utk kak nusrah.

nusrah said...

muzze spas :
jazakallah for the reminder. I think I need to revise more on this surah. Tadabbur and tadabbur. Just notice the real meaning of verse 23 when u mentioned it.

syafa :
"Walaupun jasad kita berjauhan tapi hasil dr mutabaah amal yg berterusan itulah yang menyatukan jiwa kita semua." ~ deep and meaningful, jazakillah for sharing syafa. love it!

p/s : rindu syafa lebih lagi.. :')
syafa balik malaysia ye? Mai turun kl mai.. :D

shairazi sharizan said...

bab nak memnuhkan mutabaah amal tanpa lompong kosong, selalunya malas alasan utama dan bertangguh,,

pesan serius buat diri ini!

nusrah said...

razi :
betul dik, nak pastikan mutabaah amal tu konsisten dan istiqamah teramatlah besar dugaannya. perlukan mujahadah yg lebih drpd sebelumnya.

Moga dalam lindungan Allah selalu.