02 February 2012

Bukan Semua Yang Kita Minat Itu Terbaik.

Assalamualaikum warahmatullah.
Moga sesiapa sahaja yang melewati laman picisan ini, hatinya semakin dekat dengan Allah. Biiznillah.

Kosong. Mata tertancap pada ruang bilik yang tidak lagi berpenghuni. Sudah genap seminggu tiga hari adik teruna yang seorang itu menjejakkan ke sekolah baru. Diri sendiri pula terasa sunyi. Tiada orang yang mahu dibuli. Senyum jahat. Saya tahu hatinya meronta-ronta kata tidak mahu. Dalam fikirannya hanya ingin mengekalkan diri di sekolah yang lama. Pegun. Tidak mahu berganjak. Sekolah paling banyak memori bilangnya. Atau sebenarnya sekolah paling banyak peminat setia? Sengih.

Adik : Kakak tahu, dekat sini tidak wajib turun ke surau?
Kakak : Oh, apa lagi. Ayunkan sahaja langkah kaki awak sendiri ke surau. Tidak perlu tunggu arahan wajib.
Adik : Kakak tahu lagi, dekat sini tidak ditawarkan lukisan kejuruteraan. Kalau mahu ambil subjek elektif agama macam Syariah dan Quran Sunnah pula kena bersyarat.
Kakak : Serius?
Adik : (Angkat kening sebelah sambil angguk-angguk.)
Kakak : Apa dia syaratnya? Sudah mengalahkan Puteri Gunung Ledang pula.
Adik : Kalau mahu ambil subjek elektif agama itu, mata pelajaran teras sains kena cemerlang. Mesti A. Paling cincai (ini bahasa pasar adik) pun B. Kalau tidak, memang tidak boleh ambil langsung subjek elektif agama itu. Pihak atasan akan pantau setiap semester.
Kakak : Dasar sekolah sekular.
Adik : Kakak bilang apa tadi?
Kakak : Oh, tidak ada apa. Mengiyakan sahaja - "pantau setiap semester."
(Muka cuba riak tenang walhal sebenarnya jenuh mahu fikir ayat tutup salah.)
Adik : Rasa mahu duduk sekolah lama semula.
Kakak : Tapi bila teringat hasrat ummi dan ayah, terus tidak jadi bukan?
(Sengih)
Adik : (Senyum tawar)
Kakak : Tidak mengapa. Kita buat tuisyen Syariah dan Quran Sunnah di kolej awak setiap minggu. Mahu?
Adik : Siapa pula yang hendak mengajar?
Kakak : (Angkat kening sebelah dan sengih-sengih).

Mungkin adik terlalu beremosi kerana seakan disekat kemahuan diri. Saya sendiri pernah melalui saat itu, kena berhadapan dengan perkara yang saya langsung tidak suka. Perkara yang saya minat, tidak akan dapat walau usaha ke arah itu sudah berganda-ganda. Tapi Allah Maha Mengerti apa yang terbaik untuk kita bukan? Bukan semua yang kita minat itu terbaik. Terkini, saya tahu adik boleh berdikari di sekolah baru bila lihat dia cuba menceriakan diri di laman Muka Buku(sila baca : Facebook). Gigih mencari akta pencemaran bagi kerja karangan bilangnya.

[Saya tahu anda boleh. Moga jadi anak yang soleh. Moga kejayaan anda nanti dapat disumbangkan untuk ummah. InsyaAllah. - Kenangan di sekolah lama. Gambar yang saya ambil senyap-senyap di akaun Muka Buku individu terbabit. Sengih.]

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. - [alBaqarah : 216]"



7 comments:

Nazihah@Jiha said...

Lamanya tak komen!!!! :')

lama2 biasalah tu kat tempat baru^^ semoga adik kak tiya happy hihi dan bertambah amalan dan ilmu kat sekolah baru..^^ insyaAllah

v(^^,)

arifputera said...

Manusia cenderung pada kehendak diri, samar pada kehendak hati yang berhubung dengan ilahi ^-^

setiap perkara datang dari Kekasih kitakan?

fifi_din said...

ha'ah kan..x semestinya y kita minat tu baik utk kita...
rindu bulatan riang gembira=(

Unknown said...

betui3... kadang2 Allah tempatkan kita di tempat yang kita tak suka... tapi tempat tu sebenaqnya tersimpan satu lagi pelajaran kehidupan yang kita tak tau~

nusrah said...

to Jiha :
heeee... xpe, kita kan selalu berhubung di laman muka bukku.. ^^

insyaAllah. ameen. Jazakillah atas doanya jiha..

to arif putera :
Jazakallah atas ziarah dik.

to remedy aka fifi :
Fifi...!!!! akak rindu sgt kat fifi. rindu nak berbulatan gembira. rindu semuanya. rindu sangat2.. uhibbuki fillah. :')

to sanisah aka eeiyss :
jazakillah atas ziarah ukhti. Moga sentiasa dlm redha Allah :)

Unknown said...

Apa sahaja yang berlaku, yang penting mesti mampu menyesuaikan diri. :)

nusrah said...

Wan Pai :
iya, culture shock mungkin di tempat baru. InsyaAllah baik2 saja semuanya.