02 January 2012

Ummi Al-Fateh Di Sini

Assalamualaikum warahmatullah..
Moga tiap insan yang melewati tiap lantunan tinta di sini, hatinya makin dekat dengan Allah.

Bagi diri yang penuh dengan kehinaan ini, saat Allah mendekat itu satu nikmat. Di setiap helaan nafas, cuba merasai aliran cinta tidak bertepi yang Allah beri. Allahu Allah. Mata melirik ke kanan paparan komputer riba. Sudah bertukar tahun baru. Hampir mencecah genap hari kedua dalam tahun baru masihi. Waktu terlalu laju berdetik dari satu angka ke angka yang lagi satu.

Tatkala diri meminta adik-adik sayang berkongsi azam yang ingin disemat saat hidup melangkah ke kalendar masihi yang baru, tidak pernah terfikir diri ini akan dilontarkan soalan yang sama.

"Azam tahun baru Kak Nusrah apa?". 

Lidah kelu. Kening kiri dan kanan terjongket serta-merta ke atas. Muka segera ditutup dengan helaian kertas yang dari tadi asyik digenggan di tangan. Mungkin gara-gara malu sendiri ingin meluahkan apa yang terbuku.

[Penghargaan gamba di sini.]

"Mahu melahirkan Al-Fateh seterusnya."

Adik A terpinga-pinga. Adik B pandang adik A. Adik C berkerut cuba memahami. Adik D senyum segaris. Adik E tala mata tepat ke muka kakak usrahnya. Adik F angguk-angguk, seakan faham. Mulut serta-merta meluahkan apa yang terbuku. Berkongsi sesuatu dengan mereka. Allah jua lah yang menggerakkan hati ke arah bulatan tekad itu. Allah jua lah yang menggerakkan mulut lantas melontarkan apa yang terbuku.

"Sabda Rasulullah s.a.w saat tentera-tentera Muslim menggali parit dalam Peperangan Khandaq: Konstantinopel akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. (HR Imam Ahmad)"

"Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!- Ahli Sejarah Byzantine"

Untuk melahirkan Al-Fateh seterusnya, ummi nya dahulu yang perlu ada jiwa kental. Untuk melahirkan Al-Fateh, ummi nya dahulu yang perlu sabar dengan denai tarbiyah. Untuk melahirkan Al-Fateh, ummi nya dahulu yang mesti tidak pernah tinggal tahajud dan dhuha. Andai Allah tidak mengizinkan Al-Fateh itu hasil dari kantung rahimku, diri ini akan tetap tidak berhenti berdoa agar bidadari-bidadari dari barisan yang sama bakal melahirkan Al-Fateh seterusnya. Mulakan tekadmu wahai bidadari yang sentiasa dirindui Firdausi. Biiznillah. Allah, hanya Engkau yang bisa mendengar keluhan rasa di setiap sendu tangis lewat sepertiga malam. 

[Jazakillah adinda Syafiqah. Azam ini makin membara. Moga Allah redha.]

p/s : Untuk al-Mar'ah, " Jangan disangka perananmu remeh-temeh. Bermimpilah untuk melahirkan Salahuddin al-Ayyubi merampas kembali tanah milik Muslimin." #UmairahShafie . Jazakillah Umy, nukilan mu pencetus rasa pada bulatan tekad ini. 



4 comments:

Umairah. said...

salam'alayk

amin3 ya Allah :')

dgn smgt nusrah, umy pn jd terinspirasi utk slalu kuat dan teguh m'bina diri.

t.ksh. T.T

"..whatever you want your children to be tomorrow, be that person today.."(sheikh abdul nasir jangda)

nusrah said...

"...whatever you want your children to be tomorrow, be that person today.."sheikh abdul nasir jangda.

aaa... another nice quote umy.

amin3, insyaAllah. Moga kita semua diberi keizininan untuk melahirkan al-Fateh seterusnya. SubhanaAllah, maka makin ramai Al-Fateh yang akan dilahirkan.

Jika kemenangan Islam tidak dapat dicapai dalam barisan kita, moga ia dapat digenggam oleh generasi seterusnya.

Moga Allah redha dengan setiap usaha dan langkah kaki dalam tarbiyah ini. T_T

Anonymous said...

mintak izin share quote yg same (:
smoge kte same2 berusaha utk menjadi ummi al fateh, insyaallah

ctzack

nusrah said...

Anonymous aka zakiah.. ;)

Tafaddhal, kongsi kan sahaja. Amin, biiznillah..