19 December 2011

Bukan Setakat Lepas Jam Kredit, Tetapi Sumbangan Untuk Ummah.

Assalamualaikum warahmatullah.
Moga kalian terus dan terus dalam rahmat Allah yang luas itu.

Allah itu Maha Adil dan Berkuasa tahu? Kasih sayang dan kekuasaanNya terlalu luas. Sangat. Berkali-kali ayat   7 dari Surah Muhammad itu terngiang-ngiang di kepala(Sila rujuk Tafsir al-Quran anda sendiri sekarang.) Makin lama makin hadam. Ayat cinta itu memujuk diri yang sudah sedia ada gelisah. Allahu Allah. Tidak pernah terfikir yang Projek Tahun Akhir ini rupanya usaha saya sendiri untuk menyumbang sesuatu buat ummah. Sumbangan untuk agama Allah. Apa lah sangat korbankan sedikit masa tidur jika dibandingkan dengan masalah ummah yag terlalu banyak.

Senyum kelat sambil tangan laju-laju taip perkataan yang perlu. Kalau ditolak dan ditambah dengan masa tidur dan makan, hanya ada kurang 60 jam bagi pecutan terakhir. Peluh sudah merenik-renik. Pembentangan Sistem Berasaskan Laman Sesawang (sila baca : Web Based System Presentation. Ambil sebiji. Lidah sendiri yang tergeliat.) bukan semudah makan kacang. Tinggal kupas dan makan. Mahu terkulat-kulat mata dan otak kiri susun logik bahasa pengaturcaraan. Sudahlah diri sendiri pengguna tegar otak kanan. Memang Allah mahu menguji diri sendiri supaya dapat menggunakan nikmat otak sepenuhnya. Jangan ada diskriminasi terhadap otak sendiri. Eh?

[Jika kita percaya, segalanya mungkin. Tinggal buat 200%. 100% atas usaha sendiri. 100% lagi tawakkal pada Allah.]

Doakan saya dimudahkan segala urusan sepanjang melunaskan Projek Tahun Akhir ini. Moga kejayaan projek ini nanti dapat saya sumbangkan untuk ummah. Mengolah Sistem Mutabaah Amal versi laman sesawang bukan sekadar melengkapkan jam kredit pembelajaran, tetapi saya pandang sebagai tanggungjawab untuk Islam. Rabbi yasir wa la tu'assir Ya Kareem.

p/s : Entri yang paling pendek saya rasa. Maaf, begitu cemburu masa. Doakan saya berjaya! Biiznillah. Moga dengan doa kalian itu menambah kekuatan ukhwah yang kita bina. Sayang kerana Allah sentiasa. :')


2 comments:

Nur Mujahidah Wa Syuhada' said...

semoga dpermudahkan urusan ya ukhti.. ^_^

nusrah said...

Jazakillah atas doa nya syuhada. Alhamdulillah, Allah memudahkan segalanya. Moga Allah memudahkan jua setiap urusan kamu.

Salam taaruf.. ! ^^