04 January 2012

Manusia Jiwa Pendosa

Assalamualaikum warahmatullah. Moga setiap insan yang melewati laman picisan ini, dadanya sentiasa lapang untuk menerima taufiq dan hidayah. Biiznillah.

Untuk kesekian kali tangan ditadah
Sudah dicuba namun susah
Hati tidak henti menyemburkan rasa gelisah
Malah semakin menggila rasa gundah
Rasa yang lebih parah dari barah

Palitan rasa itu benar-benar mematikan jiwanya
Bagai terhenti detakan jantung seketika
Walau dari luar jasadnya masih bernyawa
Sungguh, sudah puas dia mencuba

[Noda-noda kecil yang menambahkan lagi jarak cinta kita. Allah, ampunkan daku. - Gambar persendirian]



"Kalaulah diibaratkan sebuah kereta yang sedang bergerak, tayar pecah hanya kerana paku-paku kecil, adakah mampu lagi ia meneruskan perjalanan? Tidak, kecuali setelah dibaiki. Begitulah dosa dalam kehidupan kita. Sekecil manapun dosa itu, ia tetap menjadi penghalang kita untuk merebut cinta Allah. Ia akan melemahkan jiwa kita, menyebabkan kita lesu dalam usaha menggapai cinta agung itu. - Afdholul Rahman, LangitILahi"


"Seorang pemuda mendatangi Hasan al-Basri dan mengadukan masalah yang sedang dihadapinya :
Pemuda : Saya telah berusaha untuk menjaga solat malam, akan tetapi sampai saat ini saya masih belum mampu untuk melaksanakannya (secara istiqamah).
Hassan al-Basri : Dosa-dosamu telah menghalangimu untuk melakukannya."


7 comments:

Qautsar said...

Allah Allah......


:''(

nusrah said...

huhu.. syafiqah.
mohon doanya dik. Moga kita tak terus lena dengan dosa.. :'(

Faaein Talip Roy said...

banyak sangat dosa ni..

tu sebab tak dapat nak jaga solat malam.. [-__-']

nusrah said...

huhu.. Allahu rabbi..kak faein..

sy super duper teruk lg dari akak. :'(

shairazi sharizan said...

dosa mengikis semangat untuk bekerja....

nusrah said...

razi:
indeed.
sometimes dosa kecil akan bagi effect besar.

shairazi sharizan said...

Haah, yang ini pon setuju jugak. cuma sedar tak sedar ja kita buat dosa itu atau tidak.