16 January 2012

Hatimu Telah Disentuh Allah Dahulu

Assalamualaikum warahmatullah. Moga hati kita sentiasa diikat dengan cinta Allah. Biiznillah.

Langkah diatur satu per satu. Semakin senada dan seiringan. Derapan tapak kaki menghasilkan irama riang. Lebih gemersik bila diselangi dengan tawa. Berjaya menenggelamkan melodi nyaring alunan hiruk-pikuk kota. Ahli yang tujuh itu cukup kesemuanya. Masing-masing membuahkan wajah ceria. Senyuman tidak pernah lekang dari seri muka.

Ini bukan kisah Puteri Salju bersama Tujuh Orang Kerdil. Tapi ini kisah Ummi al-Fateh bersama Tujuh Bidadari Syurga. Tujuh Bidadari syurga yang telah disirami cahaya Allah hatinya. Sungguh hati kalian telah disentuh Allah dahulu sebelum Ummi al-Fateh datang bertamu. Memang kalian insan terpilih.

"Ke mari hulurkan tangan kalian."
"Mahu ke mana?"
"Berlari ke syurga."
"Bersama-sama?"
Angguk.
"Andai kakak terjatuh, tolong hulurkan tangan kalian supaya kita dapat lari beriringan semula."
"Kalau kami jatuh?"
"Tangan yang penuh debu ini akan berusaha bangunkan kalian kembali. Dengan izin Allah."
"Tapi kami masih dikotori debu-debu dosa."
"Kalian manusia. Kakak juga manusia. Sungguh tiada manusia yang sempurna."

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat mnympaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan" ~ Imam Hasan al-Basri

Larian ke syurga ini tidak pernah menjanjikan kesenangan, malah penuh dengan cubaan. Denai dakwah ini tidak pernah menjanjikan kalian bisa menjadi seperti malaikat yang hebat dalam ibadah, tapi membawa kalian mengenal cinta Allah. Denai yang membawa kita kembali rasa berTuhan. Denai yang membawa kita kembali membangunkan jiwa-jiwa yang lena dengan dunia.

"Ibarat seorang yang mencangkul tanah. Insan lain hanya melihat pada zahirnya, namun mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina batas. Begitu juga USRAH. Insan lain hanya melihat kita berkumpul dan berbincang, namun mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina Islam dalam hati kita." ~ khadimulquran@tumblr



[Halaqah cinta | 15012012]

6 comments:

syafa mohamed said...

salam wbt akak...

syafa rindu kak nusrah sangat2...akak,syafa rindu rasa kali pertama syafa dapat sentuhan dari Allah tue..syafa nak rasanya lagi..separa pengsan tengok sahabat yang baru bertemu Tuhan bahagia....rindu nak sentuh rasa tue lagi....
tapi tersenyum tengok mereka merasainya sendiri bukan dengar org cerita saja..

nusrah said...

wsalam wbt syafa..

Allahu Rabbi.. akak rindu syafa lebih lagi. :')

Akak pun syafa. Sungguh sentuhan dr Allah itu tidak pernah mengecewakan malah membuat kita bisa kuat walau byk kali terjatuh.

Moga syafa terus kuat di sana. Moga Allah kurniakan jiwa yg istiqamah dlm jalanNya. Sayang kerana Allah selalu. Much love!

Ruqaiyah Hmy said...

kak..rindu...tapi apakan daya..
rasa sebak..huhu...
p/s: ada lg tak koleksi gambar dengan saya dan kawan2? huhu..

Ad-Dien said...

Alhamdulillah,moga thiqah di jalan salaful ummah...lama tak ke laman nusrah ni..

kawannya nazihah bukan?

nusrah said...

Ruqaiyah,
Allah ya rahman, rindu pada awk lebih lagi. rindu masa kita sama2 gelak dulu, rindu nak dgr awk bcerita, rindu semuanya! (>.<)

Moga awk dlm perlindungan dan rahmat Allah sentiasa. Moga hati terus dekat dgn Allah. :')

p/s: xdela sayang. gamba awk dgn kawan2 akak memg tak smpan lgsg..huhu



Ad-dien,
Alhamdulillah, Dia jua lah yang menuntun hati ke jln ini. jazakallah for being here. Moga Allah memberkati waktu yg dihabiskan di sini.

aah, kawan nazihah.

Ad-Dien said...

ohh begitu ya..
ke sini sebab lama tak ke sini, kebetulan appear di dashboard..
jemput ke WADi, jika ingin menambah ilmu yang telah dicerna dari lambakan kitab ulama' salafussoleh :)