15 December 2011

Makin Bertambah Usia, Makin Dekat Dengan Penghujung Nyawa Bukan?

Assalamualaikum warahmatullah.
Tidak pernah lupa mendoakan insan-insan yang sedang menatap laman ini sentiasa dalam rahmat Allah.

Alhamdulillah. Allah masih bagi ruang untuk bernafas dalam nikmat iman dan islam. Allah masih bagi peluang untuk merasa mahabbah yang dikirim kepada setiap hamba-hambaNya. Sungguh mahabbah itu sangat luas. Mahu gugur rasanya air mata semalam bila bertubi-tubi insan datang menghulurkan doa. Bertubi-tubi melafazkan selamat. Allahu Allah. Nikmat ukhwah kerana Allah ini memang sukar diluahkan dengan kata-kata. Bukan setakat gugur air mata, malah gugur jantung pun bisa!

Jika dahulu masa zaman kanak-kanak ribena, mungkin rajuknya memuncak bila ummi terlupa membeli kek waktu ulang tahun kelahiran. Boleh diikat muncung mulut itu dengan reben. Tapi bila sudah menginjak dewasa. Bila akal sudah makin panjang. Bila sudah banyak telan pahit manis sepanjang Allah mentarbiyah hati, rasa itu tiada lagi. Kalau pun datangnya ulang tahun kelahiran, cukup saja kiriman doa yang diiringi usai solat lima waktu. Cukup sahaja huluran tangan dan ukhwah selama ini di saat saya susah dan senang. Itu pun sudah lebih dari cukup!

Buat ummi yang bersusah-payah berkorban melahirkan anakmu yang nakal ini, syukran. Pengorbanan ummi membakar semangat untuk saya terus berlari ke syurga. Selamat ulang tahun kelahiran juga ummi. Sangat cantik susunan Allah itu bila Dia meletakkan tarikh yang sebelah-sebelah sahaja untuk ummi dan saya.

Buat ayah yang kadang-kadang rela bersengkang mata mencari rezeki halal untuk anak-anakmu, pengorbanan ini terlalu besar. Hanya Allah yang mampu membalas.

Buat Kak Long, Dik Ipah, Dik Azam, Kak Lilah, Anan, Apip (Kalau boleh rasa mahu senaraikan semua nya -.-' ) , kalian adalah ahli keluarga yang paling saya rapat selain ummi dan ayah. Syukran Allah, aku dikelilingi insan-insan yang sentiasa menghiburkan hati. (Ayat serius mengalami virus skema yang entah datang dari mana.)

Buat adik-adik bulatan riang gembira (Nani, Alya, Ain, Fifi, Azi) yang bersusah-payah ketuk pintu bilik kawan kakak masa kakak tiada di bilik, sayang adik-adik kerana Allah. Sangat. Adik-adik bulatan riang gembira yang dahulu, (Leen, Shira, Rabi, Izyan) terima kasih atas titipan doa. Adik-adik yang lain juga sentiasa dalam ingatan.

Buat jiran-jiran depan bilik dan teman sebilik (Yaya, Nani, Wana, Peen, Haz) maaf macam menyusahkan kalian untuk tunggu saya sampai habis kelas. Buat Atiqah yang bersusah payah datang dari DPP, anda memang berjaya buat saya terharu sampai berpeluh-peluh. Sahabat-sahabat yang mengirimkan doa, saya sangat-sangat berterima kasih. Terima kasih sudi hulurkan ukhwah dan kasih sayang. Janji kita jiran di syurga nanti. Biiznillah.

[Sungguh tiada lagi ku mahukan cinta dunia, jika cinta yang ini sudah bisa buat ku mabuk dengan syurgaNya. - Ukhti Syafiqah Rahmat]

Tidak mampu menyenaraikan semua, terlalu besar jaringan kasih sayang ini. Allahu Rabbi. Ini baru sedikit kasih sayang yang Allah campakkan di dunia. Baru satu per sepuluh. Belum lagi kasih sayang Allah yang lebih luas itu. Allahu Akbar. Mahu deras air mata mengalir.

p/s : Mahabbah itu adalah anugerah. Ia tidak dijual di mana-mana. Ia juga tidak boleh dibeli. Saya tidak mampu mengasihi kamu jika Allah tidak mengizinkan, begitu juga sebaliknya. Hanya mahabbah melalui ikatan ruh sahaja yang dapat bersatu walau jasad terpisah jauh. Moga mahabbah ini berterusan hingga kita sama-sama berpimpin tangan untuk masuk ke dalam syurga Allah yang Maha Mulia. - Ukhti Awanis.

p/s lagi : Maafkan saya atas entri yang jiwang semacam. Rasa bagai saat dan waktu ini penuh dengan dos kejiwangan. Sila jangan muntah darah di sini. Sungguh.

p/s lagi lagi : Makin bertambah usia, makin dekat dengan penghujung nyawa bukan? Moga doa ini berterusan walau jasad saya sudah tiada lagi di dunia. Doa kalian itu sangat berharga bagi saya. :')


6 comments:

Syafa Mohamed said...

salam alaik akak;)

sanah helwah...syafa hadiahkan doa saja dari jauh...tak dapat beri apa-apa pun,aseef yer kak..

semoga baik2 disana dalam lindunganNya sepanjang masa.

Islamic_World said...

as salam.. kalau cikgu sy.. dy kata hidup ibart tali inci.. cuba kita bilang satu persatu umur.. makin banyak angka umr makin pendek tali inci tu... kan?

khalila ishak said...

eh eh... ade nama akak. hehe.... glad to have a sweet cousin like u ^_^. semoga yang terbaik hanya untuk kamu kurniaan dari Ilahi ^_^.

... said...

true indeed. Death is one definite promise of His, if ana's not wrong.. Do correct ana if ana's wrong.. jzkk.

alhamdulillah ukhti jumpa kembali telefon bimbit ukhti..=)

wslm sayang fillah selalu,
Liana

nusrah said...

to syafa : Jazakillah syafa. =)
doa syafa itu adalah hadiah yg lebih bermakna. Moga hati syafa sentiasa dekat dgn Allah. Moga ukhwah kita kekal sampai syurga.. rindu!


to Islamic_World :
Jazakallah for being here. betul, selalu membayangkan hidup tu macam tu. Maknanya makin singkat hidup ni. Thanks for the reminder. :)

to Kak Ila :
tbe2 ad nama akak kat situ. Eh? :p
Me too, also glad to have a cousin like you. Seronok menghabiskan zaman kanak-kanak ribena bersama-sama. Haha. Jazakillah for the prays. Same goes to you, ameen :)

to Liana:
Im really happy and excited to see ur comment here. Im waiting for your reply at your blog. idk why, but I'm always thinking about your condition right there. Harapnya yang baik-baik sahaja dan sentiasa dalam lindungan Allah. [rasa bersalah sgt bila dah lama tak contact liana :'( ]

Yes, you are right. Death is one definite promise of His. We cant deny it. Itu semua rahsia Allah. Kalau kelahiran itu adalah proses untuk melangkah dari alam rahim ke alam dunia, kematian pula adalah satu proses untuk melangkah dari alam dunia ke alam barzakh.

Sayang Liana kerana Allah selalu..

Umairah. said...

assalamu'alaikum nusrah.
maaf sgt2, umy terlambat wish. T.T

happy belated birthday deary.
mg makin disayangi dan dicintaiNya.
selalu, selalu, dan selalu sampai Syurga!

amin3 ya Rabb. :')