12 December 2011

Mereka Bakal Bidadari Syurga

Assalamualaikum warahmatullah.
Moga yang sedang membaca setiap untaian tinta ini, hatinya sentiasa dekat dengan Allah.

Allahu rabbi. Otak macam tepu bila merasa seakan baru semalam mendaftar subjek Tahun Ke-2. Bila jeling tarikh di bucu bawah belah kanan skrin komputer riba, baru perasan yang hari semakin menginjak ke pertengahan Disember. Maknanya sudah berada di hujung semester pertama Tahun Akhir. Tiada lagi Tahun Ke-2. Serius keluar satu rasa yang tidak dapat dicerna dengan minda. Rasa sangat pantas masa meninggalkan sisa usia yang ada. Jurnal Sistem Komputer Hijau sudah penuh dengan warna kuning terang. Sudah habis ditatap, tapi belum habis disusun ayat menjadi pelengkap tugasan yang 'dikirim' pensyarah.

Menghadirkan hati sepenuhnya pada Allah pada setiap detik waktu yang berubah sungguh bukan perkara mudah. Allahu Allah, bantu hambaMu ini yang tidak terdaya lagi lemah. Denai yang dilalui tanpa secalit pun rasa tarbiyah, hidup jadi macam rasa kopi tanpa gula. Pahit dan kosong. Hitam dan kelam. Sesi suka ria dengan adik-adik yang sangat ceria sabtu lalu betul-betul mentarbiyah hati. Serius mereka bakal bidadari syurga yang Allah hantarkan untuk saya. Mahu mengalir air mata laju-laju rasanya bila mereka banyak tanya soalan pasal taubat dan kekuatan untuk berubah. Rasa yang membuatkan jantung berdetak laju-laju sebab sangat terharu. Kakak awak yang seorang ini pun rasa macam jauh kena tinggal dengan dengan langkah adik-adik yang semakin pantas dan laju. Tersipu-sipu malu.

[Hidayah itu adalah anugerah terbesar buat mereka yang bergelar hamba Allah. Penghargaan gambar.]
Sangat besar anugerah hidayah dan kekuatan istiqamah yang Allah bagi buat insan-insan terpilih. Dan adik-adik ini juga adalah insan terpilih. Juga tercalon dalam senarai bidadari syurga. Seakan baru semalam menghulurkan tangan tanda perkenalan di Kem Riang Gembira. Seakan baru semalam berhalaqah cinta dan melalui sesi suka ria. Seakan baru semalam bertukar-tukar nombor telefon genggam. Allahu Akbar. Sungguh hidayah dan taufik itu milik Allah. Kita selalu minta dengan Allah hidayah tetapi kita tidak berusaha mengerah tenaga. Serupa macam kita mahu makan nasi. Kalau tidak kita berusaha menyuap masuk ke dalam mulut dan mengunyah habis puas, mahu ke nasi terbang sendiri masuk ke dalam mulut? Mahu ke nasi itu lunyai tanpa dikunyah?

Kita selalu minta dengan Allah hidayah, tetapi kita lupa meminta pasangannya yang sejati. Kita lupa mahu minta taufik beriringan sekali. Ya, hidayah dan taufik ini merpati dua sejoli. Sejak dari azali lagi. Kita minta kesedaran, tapi kita lupa minta kekuatan. Pernah bayangkan yang kita dapat makan nasi, tapi sistem penghadaman tidak dapat berfungsi untuk mencernakan zat dari apa yang kita sudah telan tadi? Sia-sia anda tahu? Habis tenaga dikerah menelan nasi, tapi zatnya hilang. Begitu juga hidayah dan taufik. Sudah ada kesedaran untuk berubah, tetapi tiada kekuatan untuk berubah dan istiqamah. Ya, ada beza antara kesedaran dan kekuatan.

p/s : Siapa bilang untuk berubah itu semudah makan nasi dan telan ABC? Kadang-kadang boleh mengalir air mata darah tahu? Mari sini saya tolong lempang laju-laju siapa bilang sebegitu.

p/s lagi : "Istiqamah adalah satu tingkatan yang menjadi penyempurna dan pelengkap semua urusan. Dengan istiqamah, segala kebaikan dengan semua aturannya dapat diwujudkan. Orang yang tidak istiqamah dalam melakukan usahanya, pasti sia-sia dan gagal."  ~ Abul Qasim al-Qusyairi.

p/s lagi lagi : Buat bakal bidadari syurga, doa dari seorang kakak yang penuh dengan kelemahan ini tidak akan pernah putus. Teruslah berlari ke syurga!


10 comments:

khalila ishak said...

bestnye dpt luang masa dengan adik2 tu ^_^

Maryam Hanani Abdul Razak said...

tersentuh :')

nusrah said...

to kak lilah :
alhamdulillah. best sgt! Syukur Allah masih bagi peluang dan ruang waktu ^^

nusrah said...

to Nani :
Allahu rabbi, syukur sgt dapat adik2 cam awak semua... :')

Sayang kerana Allah selalu.. <3

fifi_din said...

seriously tersentuh kan nani??
:')

nusrah said...

to fifi :
Allahu rabbi. Lagi terharu dengan ukhwah yg adik2 sudi hulurkan. :')

Sayang kerana Allah selalu. <3

... said...

suka2 sgt post ini ukhti !

mmg tepat skali Hidayah itulah the ultimate gift! Ana hari2 du'a supaya Allah berikan Hidayah kepada keluarga ana.. inshaAllah, AMinnnn yaRabbb

nusrah said...

to liana :
insyaAllah. ameen ya Rab.

im also waiting for that time liana. The moment when you can share the joy of Allah's love and Islam with your family.

Liana said...

sob. Ana wish for that so badly!

fifi_din said...

i read this for the 2nd time...sumpah post ni menusuk kalbu

-fifi-