30 November 2011

Terima Kasih Untuk Tautan Hati Ini

Assalamualaikum warahmatullah..
Moga yang sedang membaca tinta ini hatinya sentiasa dekat dengan Allah. Senyum.

Seminggu laman ini dibiarkan menyepi. Seminggu juga menyiapkan diri untuk kem riang gembira dengan adik-adik asasi. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur yang tidak pernah putus. Senyum puas usai tamat program. Hasil titik peluh yang diolah semata-mata kerana cinta Allah, memang sangat hebat! Gambar yang dirakam asyik ditatap sambil mulut sengih tunjuk gigi bila otak kembali merakam peristiwa yang berlaku. Setiap gambar menyaksikan wajah-wajah keceriaan.

Ya, Allah kumpulkan kami semua di syurga seperti mana Engkau himpunkan kami pada detik itu. Himpunan yang penuh dengan wajah-wajah bercahaya. Terima kasih untuk tautan hati ini. Terima kasih untuk nikmat dan rasa gembira. Adik-adik, kakak awak yang seorang ini rindu saat kita gelak ketawa sama-sama. Janji, kita jiran di syurga nanti! Biiznillah. Biar gambar sahaja yang menceritakan betapa gembiranya saya saat itu. Senyum lagi. Eh, amaran awal! Entri ini penuh dengan gambar-gambar yang ceria lagi bisa buat anda tersenyum riang. Kalau bosan atau tidak mahu tatap, tekan sahaja butang pangkah warna merah di atas. Senyum lagi sekali.

[Gambar 1 : Kumpulan yang paling banyak salah teka. Jadi paling banyak kena calit tepung XD]

[Gambar 2 : Sudah bilang, mereka sangat ceria. SubhanaAllah.]

[Gambar 3 : Inilah akibat tidak belajar cara-cara goreng cucur dengan betul. =p]

[Gambar 4 : Slot riang gembira, aqidah.]

[Gambar 5 : Lihat. Sudah dibilang. Masa makan lagi mereka ceria. XD]

[Gambar 6 : Serius kelaparan. Tidak cukup bihun goreng, tambah biskut kering.]

[Gambar 7 : Sella, Angah, Zirah, Mila, lagi seorang kakak tidak ingat nama awak(maaf sayang)]
[Gambar 8 : Razali aka Riduan, Muslihin, Idrus, Nik]


[Gambar 9 : Adzin yang penuh dengan cerita. Ayoub yang sentiasa tenang.]


[Gambar 10 : Idrus dan Muzakkir]

[Gambar 11 : Seorang basuh pinggan. Seorang lagi potong bawang.]

[Gambar 12 : Orang lelaki nampak sangat kacak bila tidak canggung di dapur. Eh?]


[Gambar 13 : Bab ini paling tidak tahan mahu gelak guling-guling.]

[Gambar 14 : 'Checkpoint' Kereta.]


[Gambar 15 : Saya mengantuk kakak.]

[Gambar 16 : Mila yang sangat yakin.]


[Gambar 17 : Bila Mira dengan Adzin sama-sama tidak mahu kalah.]

[Gambar 18 : Fifi yang sangat positif. :) ]
 p/s : Buat adik-adik yang tidak disebut nama, bukan erti kakak lupa dekat awak. Cuma, memori jangka pendek dalam minda kakak tidak dapat merakam kesemua nama-nama awak. Sayang kerana Allah selalu.




12 comments:

Anonymous said...

lama tak buat aktiviti cam gini...rindu =)

Faaein Talip Roy said...

wah.. pasti memori yang indah kan..

kem sempena apa ni?

seronok tengok gambar2 ni.. ceria aje..

semoga hati-hati itu sentiasa bertaut kerana-Nya.. InshaAllah.. ^^,

Syafa Mohamed said...

syafa tersenyum terus selepas menjawab salam akak;)

merasakan seperti baris kedua itu doa yang akan tujukan buat syafa juga^^

''moga yang sedang membaca tinta ini hatinya sentiasa dekat dengan Allah..''

akak lama mendiamkan diri, rupanya ada kesibukan disana yer..

nusrah said...

to mizz.mizza :
jazakillah for being here.. betul, rindu kan klu dah lama buat xtvt camni..

Moga dalam redha Allah selalu. oh, ya! Salam taaruf..! ^_^

nusrah said...

to Kak Faaein :
Ini kem riang gembira namanya.. hehe. saje je wat pengisian style outdoor.

kan?? gamba2 ni ceria je. memori indah! ;)

Amin, syukran kak atas doanya.

nusrah said...

to syafa :
hehe. Doa secara tidak langsung. Hanya itu yg mampu mhubungkan ukhwah kita yg jauh ni kan?? ;)

xdela sibuk sangat pun syafa. Alhamdulillah, lega dpt tgk muka happy adik2 tu ble prgram ni habis ritu.. ^_^

khalila ishak said...

bestnya main2 tepung. hehee....

nusrah said...

to kak ila :

haha.. jom kite main time kat kg. Abeh kena piat telinga sorg2. Dah besar tapi perangai mengalahkan salman =p

fifi_din said...

mymc season 2 pleasee...
honestly this was the best camp i ever join...:)

nusrah said...

to fifi :
hehe, insyaAllah coming soon.. ;)

Dr Singa said...

Salamm...
Kita nampak link kita kat tepi tu...
Tenkiuuuu...

;)

nusrah said...

To DrSinga :
wsalam.. :)
which one is yours? (sorry i cant recognize your blog since ur nick name is different from my list name. Its my bad -.-' ). I think the 'dhiya-ulkahfi arts', isn't it?

p/s : jazakallah for coming. Salam taaruf! ^^