Assalamualaikum warahmatullah..
Moga yang sedang membaca tinta ini hatinya sentiasa dekat dengan Allah. Senyum.
Seminggu laman ini dibiarkan menyepi. Seminggu juga menyiapkan diri untuk kem riang gembira dengan adik-adik asasi. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur yang tidak pernah putus. Senyum puas usai tamat program. Hasil titik peluh yang diolah semata-mata kerana cinta Allah, memang sangat hebat! Gambar yang dirakam asyik ditatap sambil mulut sengih tunjuk gigi bila otak kembali merakam peristiwa yang berlaku. Setiap gambar menyaksikan wajah-wajah keceriaan.
Ya, Allah kumpulkan kami semua di syurga seperti mana Engkau himpunkan kami pada detik itu. Himpunan yang penuh dengan wajah-wajah bercahaya. Terima kasih untuk tautan hati ini. Terima kasih untuk nikmat dan rasa gembira. Adik-adik, kakak awak yang seorang ini rindu saat kita gelak ketawa sama-sama. Janji, kita jiran di syurga nanti! Biiznillah. Biar gambar sahaja yang menceritakan betapa gembiranya saya saat itu. Senyum lagi. Eh, amaran awal! Entri ini penuh dengan gambar-gambar yang ceria lagi bisa buat anda tersenyum riang. Kalau bosan atau tidak mahu tatap, tekan sahaja butang pangkah warna merah di atas. Senyum lagi sekali.
|
[Gambar 1 : Kumpulan yang paling banyak salah teka. Jadi paling banyak kena calit tepung XD] |
|
[Gambar 2 : Sudah bilang, mereka sangat ceria. SubhanaAllah.] |
|
[Gambar 3 : Inilah akibat tidak belajar cara-cara goreng cucur dengan betul. =p] |
|
[Gambar 4 : Slot riang gembira, aqidah.] |
|
[Gambar 5 : Lihat. Sudah dibilang. Masa makan lagi mereka ceria. XD] |
|
[Gambar 6 : Serius kelaparan. Tidak cukup bihun goreng, tambah biskut kering.] |
|
[Gambar 7 : Sella, Angah, Zirah, Mila, lagi seorang kakak tidak ingat nama awak(maaf sayang)] |
|
[Gambar 8 : Razali aka Riduan, Muslihin, Idrus, Nik] |
|
[Gambar 9 : Adzin yang penuh dengan cerita. Ayoub yang sentiasa tenang.] |
|
[Gambar 10 : Idrus dan Muzakkir] |
|
[Gambar 11 : Seorang basuh pinggan. Seorang lagi potong bawang.] |
|
[Gambar 12 : Orang lelaki nampak sangat kacak bila tidak canggung di dapur. Eh?] |
|
[Gambar 13 : Bab ini paling tidak tahan mahu gelak guling-guling.] |
|
[Gambar 14 : 'Checkpoint' Kereta.] |
|
[Gambar 15 : Saya mengantuk kakak.] |
|
[Gambar 16 : Mila yang sangat yakin.] |
|
[Gambar 17 : Bila Mira dengan Adzin sama-sama tidak mahu kalah.] |
|
[Gambar 18 : Fifi yang sangat positif. :) ] |
p/s : Buat adik-adik yang tidak disebut nama, bukan erti kakak lupa dekat awak. Cuma, memori jangka pendek dalam minda kakak tidak dapat merakam kesemua nama-nama awak. Sayang kerana Allah selalu.
12 comments:
lama tak buat aktiviti cam gini...rindu =)
wah.. pasti memori yang indah kan..
kem sempena apa ni?
seronok tengok gambar2 ni.. ceria aje..
semoga hati-hati itu sentiasa bertaut kerana-Nya.. InshaAllah.. ^^,
syafa tersenyum terus selepas menjawab salam akak;)
merasakan seperti baris kedua itu doa yang akan tujukan buat syafa juga^^
''moga yang sedang membaca tinta ini hatinya sentiasa dekat dengan Allah..''
akak lama mendiamkan diri, rupanya ada kesibukan disana yer..
to mizz.mizza :
jazakillah for being here.. betul, rindu kan klu dah lama buat xtvt camni..
Moga dalam redha Allah selalu. oh, ya! Salam taaruf..! ^_^
to Kak Faaein :
Ini kem riang gembira namanya.. hehe. saje je wat pengisian style outdoor.
kan?? gamba2 ni ceria je. memori indah! ;)
Amin, syukran kak atas doanya.
to syafa :
hehe. Doa secara tidak langsung. Hanya itu yg mampu mhubungkan ukhwah kita yg jauh ni kan?? ;)
xdela sibuk sangat pun syafa. Alhamdulillah, lega dpt tgk muka happy adik2 tu ble prgram ni habis ritu.. ^_^
bestnya main2 tepung. hehee....
to kak ila :
haha.. jom kite main time kat kg. Abeh kena piat telinga sorg2. Dah besar tapi perangai mengalahkan salman =p
mymc season 2 pleasee...
honestly this was the best camp i ever join...:)
to fifi :
hehe, insyaAllah coming soon.. ;)
Salamm...
Kita nampak link kita kat tepi tu...
Tenkiuuuu...
;)
To DrSinga :
wsalam.. :)
which one is yours? (sorry i cant recognize your blog since ur nick name is different from my list name. Its my bad -.-' ). I think the 'dhiya-ulkahfi arts', isn't it?
p/s : jazakallah for coming. Salam taaruf! ^^
Post a Comment