28 September 2011

Hati itu Milik Allah

Assalamualaikum warahmatullah
Moga kalian terus dan terus dalam rahmat Allah yang luas itu.

Mata terkulat-kulat saat mulut asyik terkuap. Kantuk menyiapkan proposal sampai lewat malam tadi masih lekat. Tangan cuba menari laju atas pentas papan kekunci. Ada tiga per empat jam lagi sebelum bertemu dua muka dengan Puan Penasihat yang sangat berdedikasi. Alhamdulillah, rasa baru semalam kaki yang tidak pernah diam ini melangkah ke alam asasi. Rasa terlalu tua bila tengok sistem pembelajaran yang elok tersusun untuk pelajar tahun akhir. Eh, macam mahu menangis minta jadi kecil semula bila terlalu banyak pilihan hidup yang perlu dibuat bila sudah dewasa. Terlalu kerap hati diminta menjadi hakim membuat keputusan itu dan ini. Jika si kecil, rutin harian sekadar memilih warna pensil cuma. Paling teruk pun, pilih mahu minum susu atau coklat panas atau ribena.

Di sapa seorang teman yang memerlukan seorang pendengar setia waktu kepala tengah hebat perah otak dengan kertas kerja, memang buat diri macam ada masalah identiti. Diri ini doktor pakar sakit hati atau penuntut universiti? Perbualan di YM memerlukan tangan yang cekap untuk menari saat kita ada tugas lain yang perlu dilunaskan. Tersengih-sengih tahan gelak dari tersembur bila terlalu banyak kesalahan menaip di kertas kerja.

Teman : Salam. Cik Nusrah.
Saya : Wsalam. Ya, saya. Mahu pinjam sesuatu? Mari lah ke bilik.
Teman : Eh, bukan. Mahu bilang sesuatu sebenarnya.
Saya : Oh, mahu bilang apa? Ceritalah.
Teman : Macam mana mahu hilangkan masalah hati?
Saya : Masalah hati yang macam mana? Masalah hati dengan sahabat atau dengan ehem-ehem? Mana satu?
*Memang tangan terus laju terus-terang. Tiada simpang-simpang lagi*
Teman : Yang nombor dua.
Saya : Sudah di agak.
Teman : Awak ini pun. Sudah tahu bertanya pula.
Saya : Sengaja mahu panjangkan cerita. Teman, kita kena kembalikan semuanya seratus-peratus dekat Si Dia yang kurniakan rasa cinta.
Teman : Ya, tahu. Tapi bagaimana?
Saya : Kita selalu mencari Allah hanya ketika ada masalah hati. Waktu lain, kita tidak mahu cari.
Teman : Maksud?
Saya : Doa dan istikharah selalu. Jangan pernah putus. Yang selalu kita buat sebaliknya. Hanya doa bila dada sudah sesak macam mahu cari oksigen baru. Hanya istikharah bila rasa masalah hati hebat menghentam diri. Dua perkara itu, kena buat selalu.
Teman : Oh begitu.
Saya : Sebenarnya konsep itu lebih kurang begini. Kita mahu letakkan pergantungan seratus peratus dengan Allah. Kita mahu berusaha ikhlaskan diri kita untuk cintakan Allah sebelum terima cinta yang lain. Jadi, mestilah segalanya dikembalikan pada Allah. Eh, fahamkah dengan ayat saya yang macam orang berlari tidak cukup tanah?
Teman : Saya faham. Betul lah yang jodoh itu rahsia Allah. Kenapa mahu risau semacam kan?
Saya : Pandai. Jika asyik risau, kita asyik fikir bukan-bukan. Asyik fikir negatif. Bila asyik fikir negatif, kita macam doa dan minta yang buruk-buruk. Ingatkan konsep law of attraction?
Teman : Ingat. Betul-betul. Doakan saya Nusrah.
Saya : Sentiasa. Yang terbaik untuk sahabat.

[Jodoh itu rahsia Allah. Dengan siapa pasangan hidup yang telah ditetapkan, itu sudah yang terbaik buat kita. Bercintalah sampai syurga. Penghargaan gambar di sini. ]


Hati bergetar hebat juga bila kerap diaju dengan soalan begini dan begitu. Risau saat ujian yang lebih kurang begini tiba, diri tidak cukup kuat. Bila diri sudah buat keputusan segalanya diserah dalam tangan Tuhan, jadi mengapa perlu gusar bukan?

p/s : Jangan muntah-muntah di laman saya bila anda asyik dijamu dengan entri sedemikian rupa. Tiada niat mahu buat tekak kalian loya. Saya tahu terlalu banyak entri yang lebih kurang begini di laman picisan ini. Apa boleh buat, sudah macam tukar profesion pula.

4 comments:

AlFaQirah Fillah said...

assalam..
nice.. =D

nusrah said...

@AlFaQirah Fillah

wsalam ukhti,
hmm...what should I call u? ;)

Jazakillah for being here.. ^^

k.h.a.l.i.l.a said...

hehee... x muntah pun. suka lagi ada ^_^

nusrah said...

to kak ila :
heeee... suka ye dia :p