25 June 2011

Rasa cinta ini juga pinjaman Allah.




Assalamualaikum warahmatullah.
Moga kalian sentiasa dalam rahmat Allah. Rahmat Allah yang sangat luas hingga tidak terhitung dengan angka. Sangat luas.

Sunyi. Hanya kedengaran putaran kipas yang tidak pernah jemu menyalurkan tenaga. Sahabat-sahabat yang lain sudah lama melelapkan mata. Saya masih lagi tegar di sini. Letih memerah idea. Tutorial dan latihan makmal masih lagi berbaki 3 soalan. Otak seakan-akan mahu merajuk. Idea mulai kering. Sejak dari tadi saya bagaikan buntu mahu melunaskan soalan-soalan yang masih berbaki ini. Ada sesuatu yang bermain di fikiran sebenarnya.

[Bila kita berkata kita rasa keseorangan, hakikatnya Allah berkata yang Dia tidak akan pernah meninggalkan kita. Penghargaan gambar di sini.]

Ya Allah, sungguh aku malu dengan-Mu. Malu dengan racun yang kerap merosakkan ingatan ini pada-Mu. Persoalan yang diajukan oleh seorang senior beberapa hari yang lalu asyik berputar ligat di ruang memori. Saya memang tidak gemar membuka isu ini. Lebih suka menyimpan kemas dalam kotak hati. Biar Allah sahaja yang tahu. Semuanya sudah saya serahkan pada Allah.

Senior : Macam mana Nusrah? Sudah jumpa sesiapa?
Saya : Sesiapa untuk apa?
Senior : Awak memang suka bagi jawapan dengan lontaran pertanyaan.
Saya : Memang saya kurang mengerti. Apa nya senior?
Senior : Awak sudah mahu masuk tahun akhir. Jangan bohong dengan senior yang awak masih belum jumpa calon.
Saya : Calon apa? Calon untuk imam tahajud saya?
Senior : Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.
Saya : Sudah, kenapa?
Senior : Habis itu, tunggu apa lagi?
Saya : Belum sampai waktu senior. Saya lebih suka simpan dulu rasa ini. Biar saya rasa seorang diri. Biar Allah sahaja yang tahu. 'Pihak yang lagi satu' pun tidak tahu. Belum ada kepastian di situ.
Senior : Mahu sampai bila?
Saya : Mahu sampai syurga nanti. Boleh?

Saya hanya berani jawab ayat terakhir itu dalam hati sahaja sebenarnya. Lebih tegar senyum dari menjawab di tubir mulut. Perbualan itu bukan terhenti di situ. Panjang lagi sebenarnya. Mahu sahaja saya hidangkan dengan entri ini kepada senior [link]. Baru dia mengerti apa yang terbenam dalam hati. Memang sengaja disimpan. Biarlah. Saya tidak akan semai rasa ini selagi pihak yang lagi satu belum sah menjadi imam tahajud nanti. Jika ada jodoh insyaAllah. Jika tiada jodoh dengannya, saya terima dengan hati penuh syukur juga. Allah mahu beri yang lebih baik mungkin. Tipulah jika saya bilang tiada langsung simpan rasa pada si adam. Berpasang-pasangan itu memang fitrah. Malah tercatat dalam al-quran Allah jadikan setiap makhluk itu berpasang-pasangan.


[Pohon-pohon pun ada yang jantan dan betina. al-Quran telah menjelaskan dan sains juga membuktikan. Ayat mana lagi harus didustai? Penghargaan gambar di sini.]

Mengapa saya bilang racun dalam hati? Kerana pihak lagi satu belum halal buat saya. Mengapa mahu membazirkan sel-sel neuron untuk memikirkannya? Langsung tiada pahala. Lain jika sudah halal, memandang wajah si penghuni hati itu pun sudah dapat pahala. Mungkin berganda-ganda nilaiannya jika Allah redha dengan ikatan itu. Saya hanya manusia biasa. Memang tidak dapat lari dari dosa. Dosa dari lalai dan lupakan Allah. Setiap kali saya asyik memikirkan perkara remeh-temeh ini, tiap kali itu juga Allah bagai mengikat hati saya semula. Sayangnya Allah pada saya.

Kadang-kadang petunjuk melalui status rakan di Mukabuku (sila baca : facebook). Kadang-kadang melalui pesanan ringkas dari ummi. Terbaru, rasa termuhasabah kembali saat membaca entri teman yang seorang ini [link]. Sungguh, rasa malu dengan Allah. Di mana hati saya ketika itu. Asyik memikirkan perkara remeh-temeh sampai lupa segalanya patut dikembalikan pada Allah. Rasa cinta pada manusia ini juga pinjaman Allah. Mata memandang sekeliling. Semua yang ada di sini pinjaman Allah. Mengapa saya tidak mendahulukan Allah? Mengapa saya tidak serahkan semuanya pada Allah. Ya Allah, aku cintakan-Mu ya Allah. Aku cintakan-Mu ya Allah. Aku cintakan-Mu Allah.


[Dari Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para isterinya.” (HR. Turmizi, ia berkata: hadits hasan shahih). Penghargaan gambar di sini.]

p/s : Entri ini hanya sebagai muhasabah untuk diri saya sendiri. Saya bukan sesiapa pun untuk paksa anda membaca. Maaf, jika anda rasakan entri ini seperti membuang masa. Moga kita semua terus dalam cinta Allah.

p/s lagi : Maaf jika ada yang kurang selesa dengan saiz gambar yang agak besar. Saya tidak sengaja memuat naik ketiga-tiganya dengan saiz yang besar.


14 comments:

yaqut hulaif said...

assalamualaikum.
ya, biar sampai syurga, moga thabat =)moga dikuatkan.

Nazihah@Jiha said...

Moga ditemukan Jodoh yang baik lagi soleh,ameen ya rabbal aalamin :)

Mohd Shahir Shamsudin said...

saya sedikit keliru sebenarnya. maksud nusrah, ada perasaan pada seseorang itu haram ke

nusrah said...

@Mohd Shahir Shamsudin

Assalamualaikum shahir,
bukan macam tu. Sy tak nyatakan haram pun kat sni. Tak pernah ada hukum haram pun jika kita ada perasaan kat seseorang.

Cinta itu bukan untuk dihapus, tapi untuk diurus. Diurus dengan sebaiknya.

Begini, selagi 'si empunya diri' belum halal buat saya, kenapa mahu asyik fikir tentang dirinya. Belum pahala lagi kalau asyik fikirkan dirinya skrg.

Kalau ikut keadaan sy skrg, masih banyak lagi perkara lain yang perlu didahulukan. (boleh baca entri - Bila acap kali ditanya, maka ini jawapannya). Jadi, belum sampai masa untuk semai perasaan cinta itu.

Kalau sudah sah menjadi suami, lebih dari mengingati si dia pun halal.

Harapnya jawapan ini boleh buang kekeliruan pasal simpan perasaan haram tu.

Wallahua'lam.

amal_lina said...

seronok mmbaca ntri nusrah ini.. mungkin diri sendr juga trkena..
trfikir satu perkara..
d saat hati semakin mengingti sesorg yg blum halal bg diri,ketahuilah sebanarny saat itu hati makin jauh dari Allah..
benar kata nusrah..serahkan segalany pada-Nya..

syukron..(^^)

nusrah said...

@Nazihah@Jiha

Assalamualaikum jiha,
Thanks for the dua'. You too my dear, may Allah give the best man for u. The one that can bring you to jannah :)

Love Fillah.

nusrah said...

@yaqut hulaif

Assalamualaikum dik,
Syukran for the dua'. You too, may Allah give strength to you in this path. May you stay istiqamah in da'wa path.

nusrah said...

@amal_lina

Assalamualaikum amalina, thanks for being here my dear sahabat. May Allah give the best man for you. Lets 'run' together for HIS LOVE. Lets 'run' together to jannah. :)

Mohd Shahir Shamsudin said...

aiwah. kalaam waadhihah :)

AzwanRamli said...

Fuhhh!!! indahnya hubungan yg halal.

chenurulhusna said...

nusrh stdi mane?da thn alhir?slm singgh n follow:)

nusrah said...

@chenurulhusna

Assalamualaikum husna..sy dah jawab kat formspring awak ;)

May Allah bless you and ease your life dear. ^^

.faris. said...

apit suka baca entry nie. :)

nusrah said...

eh, apit. patut akak cam kenal status anda kat fb.. ^_^