01 July 2011

Izinkan Air Mata Rindu ini menjadi Syafaat di Akhirat Kelak.


Assalamualaikum warahmatullah. Moga kalian terus dalam rahmat Allah.

Sepi. Skrin komputer riba ini dipandang sepi. Ketika entri ini ditulis saya baru sahaja menonton video tentang Rasulullah berulang-ulang kali. Tanpa jemu walau badan sudah lesu. Pernah menontonnya satu ketika dahulu. Kali ini asyik memutarkannya bila ada seorang sahabat berkongsi di Tumblr. Jika Rasulullah di hadapan saya, sungguh saya malu mahu menatap wajah baginda. Hidup seharian penuh dengan perkara yang sia-sia. Sunnahmu kurang dijaga. Maafkan diri ini ya Rasulullah, belum mampu menjadi umatmu yang baik. Oh ya, boleh lihat video itu di sini [Link]. Mungkin kalian pernah juga berulang-ulang kali menekan butang main (sila baca : play button) di siaran Youtube itu.

Air mata tidak dapat ditahan-tahan tatkala melihat si gadis mengalirkan cecair jernih di tubir matanya. Tanpa henti. Tanpa henti mata si gadis asyik berkaca-kaca. Soalan yang diaju disambut dengan sayu.


[Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia s.a.w. Penghargaan gambar di sini.]

Perantara: Jika Rasulullah berada bersama kita, bagaimana pula keadaan kita?
Si Gadis : Tentu sekali kita berada dalam keadaan yang baik, bukan dalam keadaan yang teruk itu.
Perantara : Jika Baginda datang bertemu dengan awak secara peribadi, apa yang akan awak luahkan sama Baginda?
Si Gadis : Tidak. Soalan begitu terlalu sukar buat saya.

(Air mata si gadis tidak dapat ditahan-tahan. Asyik mengalir deras tanpa henti.)

Si Gadis : Berada bersama-sama dengan baginda adalah impian setiap umat, tapi kalaulah ia benar. Saya mahu Baginda bawa saya pergi dari dunia ini.

Sungguh. Saya juga merasa perkara yang sama. Bawalah diri ini pergi wahai Rasulullah. Diri ini sudah lelah. Ya, kadang-kadang lelah duduk dalam dunia yang palsu ini. Dunia yang hanya bayang-bayang gelap yang tidak pernah jemu mengekori kita. Penindasan di sana-sini. Penipuan pula bagai sudah sebati. Korupsi usah ditanya lagi. Penuh menghiasi intisari berita. Ramai insan yang tidak kenal erti Cinta Allah. Pemimpin yang kadang-kadang zalim bagai manusia bertopengkan syaitan.

Teringat sirah di saat kewafatanmu ya Rasulullah. Bibirmu tidak pernah kering melafazkan ummati. Hatimu tidak berhenti gusar mengenangkan umatmu, bagaimana dengan umatku di akhir zaman nanti? Ya Rasulullah, sungguh rindu padamu tidak dapat ditanggung lagi. Ya Allah, izinkan air mata rindu ini menjadi syafaat di akhirat kelak. Izinkan diri ini menatap wajahmu dan Rasulullah di Mahsyar nanti.

p/s : Akan ke Pesta Buku Selangor hujung minggu nanti. Cuci mata sambil mencari sumber ilmu baru. Oh ya, hari Ahad itu juga ada ceramah motivasi daripada Dr. Muhaya di sana. Ayuh kita imarahkan majlis ilmu di SACC Mall itu.

7 comments:

Nazihah@Jiha said...

Salam alaik yaa Nusrah mahbubah..

video itu jg sy dah tgok kat tv Al-Hijrah 'Lau kana bainana'jika Rasulullah berada bersama kita..

mmg..air mata turut mengalir mendengar setiap bait jwpn wanita itu..ya Rasulullah..diri sedaya upaya mengikuti sunah mu,mengenal dan memahami sirah mu...mampukah diri..

terima kasih Nusrah sudi berkongsi ini..

fuad ansari said...

Moga nanti kita dapat nanti kita dapat bertemu Rasulullah di kehidupan akhirat...

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)

Najihah Faizah said...

Sollu ala nabiey. InshaAllah. Selamat menyambut Sya'ban. Selamat tinggal Rejab...:D

*Nusrah ukhti mahbubah, saya di UKM, Bangi. Mesir hanya impian saya yang tak kesampaian. :D By the way, Nusrah UIA, kan? Saya selalu pergi UIA cari bahan dekat situ. UIA Gombak. Saya suka Dar Al-Hikmah sangat! :)

Alhamdulillah saya sudah tamat belajar. Habis degree. InshaAllah, ada peluang ruang, rezeki saya sambung. Ngee. Doakan saya ya. :) Tak payah kot panggil akak. Saya masih 21. :D. Nusrah?

nusrah said...

@Najihah Faizah

wsalam jiha..thanks 4 d visit my dear..
i have answered it at ur blog..
May Allah bless u :)

Love Fillah :)

nusrah said...

@Nazihah@Jiha

Wsalam jiha..sy tak dpt tgk siaran alHijrah,kat rumah x brpe clear..mesti byk pengisian kan kat situ..

Thanks 4 being here my dear. May ALlah bless u and grand u jannah..

Love Fillah :)

nusrah said...

@fuad ansari

Salam, syukran ya akh.sudi berkongsi ilmu dekat sini. Moga Allah permudahkan segala urusan.

Najihah Faizah said...

Oh ya? Takpe. Eh UM pun saya pernah pergi. Sekali je lah baru. Hee. InshaAllah. saya mendoakan agar Nusrah dapat apa yang dikehendaki dan dimudahkan segalanya ya. :) Semoga bertemu di UKM. :p