04 April 2011

Untunglah bagi mereka yang merasa anugerah

Assalamualaikum warahmatullah
Kalimah salam menjadi pembuka, harap kalian sentiasa dalam rahmat Allah :)

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Senyum lega. Pagi ini syaitan kalah. Sakit perut di awal dinihari saya rasakan anugerah. Memang perit. Hanya mampu ketap bibir tahan sakit. Tersalah langkah mungkin. Mungkin juga kesan makan lewat malam. Angin lebih dahulu dihadam kerana lewat makan. Tidak mengapa, ganjarannya tahajud dan awal subuh. Eh, bukan mahu menunjuk-nunjuk tahu. Sekadar mahu bilang yang sakit itu pun ada hikmah.

Pagi ini semangat datang menderu-deru. Langsung tidak tidur lepas subuh walhal hujan seolah-olah turut serta panggil beradu. Enak jika dilayan kantuk waktu sejuk begini. Bila terimbau perihal pembentangan Fiqh Halal Haram pagi ini, langsung dibiarkan rasa kantuk. Masih perlu persiapan sedikit lagi. Oh, saya sudah berjanji bukan mahu coret sedikit kisah kenalan baru di sini. Ya, seperti yang tercatat pada entri sebelum ini. [link]

Syukur tidak terhingga Allah temukan kami di laman ini. Ya, laman kecil saya ini. Saya mula rasa besarnya nikmat Islam. Nikmat dilahirkan dalam keluarga yang sudah sememangnya Islam. Juga nikmat dikurniakan ibu bapa yang faham Islam walau fikrah tidak sehebat pejuang Islam. Itu sudah satu rahmat. Berkenalan dengan seorang teman yang sudah pulang kepada fitrah Islam, cukup menyedarkan saya bahawa Islam itu anugerah. Untunglah bagi mereka yang merasa anugerah.


(Islam tidak pernah mengira perbezaan rupa dan bangsa. Yang membezakan kita taqwa)

Saya tidak ada masalah mengenakan hijab. Saya tidak ada masalah mengamalkan Islam sepenuhnya sebagai cara hidup. Semua serba lengkap. Lain pula hal yang berlaku pada teman itu. Hanya Allah yang mengetahui hati kecil teman saya itu. Hati kecil tapi jiwa besar. Betapa sukar untuk bersua muka ke muka (sila baca : face to face) dengan keluarga tercinta. Keluarga yang bukan mengamalkan agama Islam. Betapa sukar menerangkan letak duduk perkara sebenar. Betapa sukar mengamalkan cara hidup Islam, walau jiwa berkobar-kobar.

Rasa malu dengan diri sendiri. Tidak pernah ada halangan dalam perihal ibadah. Tidak pernah ada halangan dalam mengamalkan ajaran Islam. Jujur! Memang tidak pernah ada halangan. Tapi saya kadang-kala culas dalam ibadah. Insan lain yang berjiwa besar, hidupnya penuh dengan nanar. Nanar dalam mengamalkan Islam sebenar. Hanya mampu kirimkan doa, moga Allah permudahkan segala urusan. Bagi yang sudah membaca entri ini, harap dapat sama kirimkan doa. Bukan juga buat teman yang baru saya kenali itu, malah saudara-saudara baru yang turut berjuang untuk mengamalkan Islam.

(doa itu senjata mukmin)

p/s : Entri ini ditulis dalam keadaan saya sudah lega dari sakit perut. :)

4 comments:

safurara said...

im proud to be ISLAM too.

nusrah said...

@safura zahari
terima kasih sudi baca..
awak rajin komen di laman kecil saya :)

khalila ishak said...

alhamdulillah... bru lega dr sakit perut dah boleh buat entri cmni. kalau perut segar bugar mcm mana la ye. hehee

nusrah said...

@kak lilah...
eheh..kalau perut segar bugar, nanti tambah2 merapu agaknya..heeee :)