04 April 2011

Entri Ini Bukan untuk Diri Sendiri, Tetapi untuk Ummi


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
tidak pernah lupa mendoakan kalian dalam keadaan sejahtera.. ;)

Alhamdulillah. Perut baru sahaja mencernakan hasil air tangan ummi. Kuih talam itu menjadi pengubat rindu. Terima kasih Along. Gejala sakit rumah (sila baca : homesick) yang parah semakin bisa dibendung. Tidak mahu lagi murung. Kena pupuk sifat sabar bila berhadapan dengan timbunan tugasan. Tidak boleh dimanjakan gejala sakit rumah itu.

Ummi cukup masak dengan perangai si kenit ini. Mahu bohong atau berhelah sama ummi, jangan dimimpi. Senyum simpul. Berbunga-bunga. Dialog di telefon bimbit itu berakhir dengan hati berlagu riang. Baru mendapat ceramah tanpa bayaran dari ummi. Tempoh yang agak lama tidak pulang ke rumah menyebabkan saya rindu mendengar ceramah perdana ummi. Ketawa lucu. Hati ini benar-benar rindu.

Siapa suruh diri sendiri tidur tanpa pendinding. Al-Mulk itu pun sudah lama ditinggalkan. Cukup bijak ummi meneka punca. Punca asyik dikunjungi mimpi yang luar alam. Ketawa bergulingan bila mimpi cuba dikenang. Mimpi yang di luar memori. Langsung tidak dapat ditimbang akal. Sekali lagi ummi bijak. Cukup bijak bila turut dapat meneka yang saya selalu lewat subuh. Eh, mimpi luar alam itu juga punca saya lewat subuh tahu. Rasa mahu hantuk kepala dengan batu. Memang cukup berjaya syaitan menjalankan misi. Geram. Sudah tidak mahu tidur tanpa pendinding. Bacaan Al-Mulk juga tidak mahu culas.

(Kalau beri ini pada ummi, mesti dia gelak bergulingan. Jiwang karat katanya)

Mahu jadi seperti ummi boleh? Hasil air tangan yang selalu dipuji. Jiwa yang memahami. Ummi yang ketawanya juga dirindui (kalau ummi tidak ketawa sehari, sunyi sepi). Selalu berdoa dapat sama-sama dengan ummi kat syurga nanti. Hanya bisa luah kasih sayang di sini. Saya cukup malu meluah kasih sayang dengan mulut sendiri. Ummi juga jenis begitu. Baginya kasih sayang bukan di mulut tapi di hati. Cukup bermadah makna kasih sayang bagi ummi.

p/s : Orang selalu bilang sifat saya hasil fotokopi dari sifat ummi. Senyum kembang. Eh, entri ini bukan untuk diri sendiri tahu, tapi untuk ummi. Jangan perasan si kenit.

2 comments:

khalila ishak said...

ohhh... sukenye bace ni (^___^) "sayang bukan di mulut, tapi di hati"
tsenyum2 la kalau angah indah bace ni :)

nusrah said...

@kak lilah..
malu saya.akak siap post di muka buku lagi. Jangan bilang sama ummi ya..janji tahu.. ;)