06 April 2011

Kalau Tidak Faham Apa Itu Malu,Silakan Lagi Meniru.


Assalamualaikum Warahmatullah..
Tidak pernah lupa mendoakan siapa sahaja yang sudi menjengah di laman kecil ini..

Sejuk. Hujan sudah reda sedikit, tapi sejuknya masih menggigit. Terbaru, ramai yang menyapa di mukabuku (sila baca : Facebook). Ada kenalan di asasi dahulu. Ada juga kenalan semasa hingusan. Semuanya menghulur soalan yang serupa - masih ingat atau tidak sama saya? Saya cukup berterima kasih. Terima kasih atas simpanan memori kamu untuk diri yang kerdil ini. Memori itu cukup saya hargai. Dan saya sangat hargai ukhwah ini. Memori saya pasal kalian memang cukup kemas tersimpan.

Cuba untuk senyum walau tertekan. Cuba untuk menukar elemen negatif di otak menjadi elemen positif. Ya, memang tertekan. Rasa sedikit tertekan selepas sesi ujian. Teman sekelas turut merasa sedemikian. Salahkan diri sendiri yang culas membuat ulang kaji. Mungkin terlalu fokus pada pembentangan di waktu pagi. Memang itu yang terjadi gara-gara takutkan si puan pensyarah. Cukup tegas dan sinis dalam pembahagian markah. Badan cergas dirasakan sedikit lelah. Berita yang disampaikan teman selepas sesi ujian tadi cukup buat darah menggelegak ke otak.

Teman : Saya tidak boleh jawab dengan baik tadi.
Saya : Saya pun. Geram dengan diri sendiri. Benda mudah tapi suka jadikan susah.
Teman : Awak tahu ada benda tidak kena masa ujian tadi?
Saya : Apa teman? Saya duduk di hadapan. Memang tidak perasan.
Teman : Ada insan yang berani buka buku.
Saya : Jangan cakap dengan saya yang dia buat percubaan meniru.
Teman : Bukan cuba, tapi dah berjaya.
Saya : Kenyataan atau khabar angin yang cuba awak sampaikan ni?
Teman : Kenyataan bila saya nampak dengan mata yang dua ini. (Jari telunjuk itu tepat ke dua biji matanya)
Saya : Percubaan berani mati.

Ya, memang berani mati. Berani mati bawa ilmu yang tidak berkati. Saya tidak layak untuk menghukum. Saya juga bukan penentu dosa pahala. Yang itu, hanya Allah yang berkuasa. Tapi ia cukup beri pengajaran buat saya. Memang mudah mendapat pencapaian tinggi jika bijak menipu. Memang mudah beroleh natijah yang sempurna jika pandai meniru. Eh, jika anda tidak faham erti malu, silakan lagi meniru buku. Jadi penuntut ilmu perlu faham apa itu keberkatan ilmu. Bukan sekadar hormat guru, tapi erti jujur itu perlu tahu.

(Bersahabat dengan orang yang jujur akan membuat seseorang itu terpelihara kejujurannya)

p/s : Bersahabat dengan orang yang tidak jujur umpama duduk berhampiran dapur. Jika kamu tidak terkena jelaganya, sudah pasti akan terkena asapnya. Eh, faham kah kata-kata ini?

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum ya ukht..
lumrah kehidupan(rasanya lah) :))
sy setuju dgn kata ent-jika anda tidak faham erti malu, silakan lagi meniru buku...
manusia tak tau,tp yang Maha Berkuasa..jelas mengetahui! sia-sia ja w/pun mrkh tinggi...huhu
syukran ukht, peringatan jg pd diri..xda manusia sempurna..kdg2 nafsu memkn diri...huhu

Hazmi Al-Wafi said...

Bila tidak mahu berusaha,camnilah jadinya.. Mengambil jalan mudah dengan meniru..Hakikatnya dia menipu diri sendiri.. Mudah-mudahan kita terhindar drpd perkara2 sebegini..

nusrah said...

@Nazihah
wsalam warahmatullah..
terima kasih sudi menjengah ke laman kecil ini..
rite now dah makin menjadi2 agaknya.

perkara tu jadi lumrah bila makin ramai org tak jujur dan makin ramai org yg menyokong org yg tak jujur.

sedih bila yg buat tu ialah org yg belajar agama,tp tak amalkannya =.='

nusrah said...

@Ibnbakr
terima kasih juga kerana sudi menjengah ke laman yang tak seberapa ini.

yup, memang dia sebenarnya menipu diri sendiri dan dia agak tidak percaya dengan kemampuan dan usaha sendiri.

setuju, moga Allah pelihara diri dr perkara2 macam ni. risau tidak istiqamah dgn amalan sendiri.

tidak mahu paku dulang paku serpih, kata orang tapi diri sendiri yg lebih.