26 April 2011

Tidak perlu mengepit buku tebal dan besar ke sana ke mari


Assalamualaikum warahmatullah..
Tidak pernah lupa sesiapa sahaja yang lalu di halaman ini sentiasa dalam rahmat Allah. Rahmat Allah yang sangat luas.

Lap sawang di setiap sudut. Tepi Kanan. Tepi kiri. Atas. Eh, di bahagian bawah laman juga ada sawang. Ketawa sendirian. Maaf sudah lama tidak mengemaskini (sila baca : update) laman. Eh, macam ramai sangat mahu baca dan singgah di laman kamu ini. Perasan. Terbaru, saya cukup menggilakan diri dengan Encik Tumblr. Rasa banyak manfaat di situ. Kasihan laman ini, dianaktirikan seketika. Tidak mengapa, ini ibu datang jenguk kamu. Gaya ibu penyayang mendodoikan anak. Geleng kepala dan ketawa. Oh, sudah terlalu mengarut. Maaf, bazirkan masa anda membaca ayat-ayat picisan di atas.

Saya turut sibuk menjamah sekalian nota dan latihan. Maklumlah, musim peperiksaan. Di Malaysia sekarang, sekalian varsiti galak menyebarkan virus peperiksaan. Lihat sahaja di perpustakaan, semua meja sudah berpenghuni. Siapa datang lambat, baca buku sambil berdiri. Senyum kambing. Ramai juga yang tidak mengaktifkan (sila baca : deactivate) Mukabuku. Mahu fokus bilang mereka. Betul juga, tapi saya malas mahu buat begitu. Kalau mahu fokus betul, tinggalkan sahaja Mukabuku semasa mentelaah. Kalau sudah penat mentelaah, kan bisa bermukabuku pada waktu merehatkan otak. Oh, itu hanya pandangan peribadi. Tidak perlu hentak kaki tidak setuju ya.

(Kalau penat ulangkaji, mahu berehat sambil main buaian pun boleh. Oh, begitu rindu zaman kanak-kanak - Penghargaan gambar di sini)

Sebelum terlupa, saya sekadar mahu berkongsi sesuatu. Mungkin berguna untuk anda. Jika anda rasa tidak berguna, jangan berani mahu cuba-cuba. Nanti habis sekalian alam anda salahkan. Gara-gara perkongsian picisan katanya. Sedikit tips sempena peperiksaan.

1. Tahu arah tuju pembacaan dan ulangkaji.

Anda perlu tahu tuju. Nanti sia-sia baca buku. Kalau pensyarah pernah bilang bayang-bayang soalan yang bakal keluar, rujuk sahaja yang itu. Sedikit sebanyak ia amat membantu. Percayalah. Hidup pensyarah bukan mahu menipu kerjanya. Anda juga perlu tahu, tajuk-tajuk yang selalu ditekankan dalam kuliah. Itu sebab perlu fokus dalam kuliah. Memang selalunya, itu yang akan anda hadap semasa menjawab soalan. Eh, ini perkara biasa kan? Ingat, Pensyarah juga manusia, bukan robot. Jika pensyarah anda jenis yang suka kitar semula soalan-soalan yang lepas, rujuk sahaja soalan-soalan itu. Buat ulangkaji berdasarkan soalan-soalan itu.

(Kena ada matlamat. Kena tahu arah tuju ke mana kamu pergi. Kamu bukan anak kecil lagi. - Penghargaan gambar di sini)

2. Hanya ulangkaji waktu ulangkaji.

Fahamkah ayat di atas? Begini, anda jangan campur adukkan urusan lain waktu ulangkaji. Hanya ulangkaji di waktu itu. Eh, kalau waktu solat, pergi lah solat ikut waktu. Jangan lambat-lambatkan pula. Kalau perut lapar, pergi lah isi perut anda. Jangan sampai gastrik tahap berguling. Maksud saya di sini, jangan campur adukkan dengan urusan yang tidak berfaedah. Nanti menyesal tak sudah.

3. Tidak perlu mengepit buku tebal dan besar ke sana ke mari.

Bukan tidak boleh bawa buku-buku kesayangan anda itu. Lakukannya jika anda suka begitu. Saya tidak kuasa menghalang. Tidak mengapa jika mahu bawa buku-buku seberat batu itu waktu mentelaah. Mungkin ada perkara-perkara penting yang mahu dirujuk. Tapi ingat, buat sedikit nota ringkas. Nota yang anda senang faham. Tulisan buruk pun tidak apa. Janji anda sendiri faham. Kalau anda sendiri pun tidak faham, itu memang nak kena rendam dalam kolam. Eh, gurau kasar nampaknya. Maaf. Maaf. Tarik semula ayat tadi. Bukankah lebih senang begitu? Nanti di saat-saat genting mahu masuk ke dewan peperiksaan, rujuk sahaja nota-nota ringkas yang sudah dibuat. Lagi cepat dan mudah. Tidak perlu selak-selak buku sampai koyak.
Maklumlah, sudah gelabahkan. Nanti buku terkoyak, nota yang mahu dicari pun tidak jumpa. Sudah malang berganda-ganda di situ.

4. Cukup tidur dan cukup makan.

Saya sekalikan tidur dan makan sebab mereka berdua adalah adik-beradik yang sangat rapat. Ya, memang adik-beradik. Tidak percaya? Kalau tidak cukup tidur, nanti dapat penyakit. Penyakit otak tepu. Nanti boleh pitam tahu. Kalau tidak cukup makan, nanti juga dapat penyakit. Sakit gastrik. Nanti boleh muntah-muntah dan pengsan. Itu sebab saya panggil mereka adik-beradik. Jadi, kena cukup tidur dan makan. Jangan tidur lewat sangat. Nanti subuh pun lambat. Subuh gajah namanya. Percayalah cakap saya. Saya pernah buat dan rasa sendiri. Sadis. Kalau tidur ikut waktu, nanti boleh bangun awal. Bangkit untuk tahajud. Lepas tahajud kan boleh sambung ulangkaji balik. Nikmat berganda-ganda.

Ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya sendiri. Kalau tidak mahu ikut pun tidak mengapa. Kan saya sudah bilang tadi.

(Terima kasih sudi baca. Jika bermanfaat, boleh guna. Jika tidak bermanfaat, tinggalkan sahaja. Saya tidak paksa. - Penghargaan gambar di sini)

p/s : Selamat maju jaya dalam peperiksaan. Moga Allah permudahkan urusan anda semua dalam menjawab soalan. Doakan gadis kenit ini juga. Laman ini akan kembali bersawang semula sampai pertengahan bulan Mei nanti.

24 comments:

fatien ! said...

selamat kembali update ! tips yg bergune. mekasih :)

nusrah said...

@fatien

terima kasih singgah dan kmen di kotak kecil ini..

most welcome :)

cik dila said...

ma'an najah fil imtihan ya ikhwah..=)

nusrah said...

@Cik Dila

Syukran..
doa yang terbaik utk anda juga :)

hitammanis said...

salam ukhuwah,
akak datang menjengah,
balas lawatan si adek yg peramah,
moga bertambah warga bermahabbah.

nusrah said...

@ kak hitammanis

terima kasih sudi singgah dan komen di kotak kecil ini :)

shameel Iskandar said...

salam ukhwah fillah.

Bila baca entry ni , teringat zaman bergelar student kat USM dulu.

Kepada tuan punya blog dan sesiapa sahaja yg bakal menduduki exam, moga Allah merahmati kalian.

nusrah said...

@shameel Iskandar

terima kasih atas doa

shafmechy said...

er, td dh komen, tp internet putus, xtau komen tu dh submit ke blum, sy komen lg skali la..

thanks for the tips =)

nusrah said...

@shafmechy

xpe, ni dah keluar komen nya.

most welcome bro. :)

Unknown said...

salam.. sa singga ya.. doa adlh ketenagan dn kesejahteraan hdup.. smga kta smua sntiasa brsyukur ap adny ya..hehe.. singga ya..

khalila ishak said...

nice 0ne nusrah ^^

harrazdani said...

tetarik dengan tips no 4. kurangkan makan dan tidur..gud luck exam yer

.::: mr IQ :::. said...

ada benarnya,
semoga berjaya juga...

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum..
tak sah kalo tak komen..w/pun tgh bz ni..huhu

semoga berjaya!^^
doakan yang terbaik, semoga dimakbulkan^^ insyaAllah
<3

nusrah said...

@josrevolution

Thanks for your visit :)

nusrah said...

@Kak Lilah

Thanks, gud luck for ur exam too :)

nusrah said...

@Mr IQ

Terima kasih sudi menjengah.
Anda juga, semoga berjaya :)

nusrah said...

@Harrazdani

Terima kasih sudi menjengah. Moga urusan anda juga dipermudahkan :)

nusrah said...

@Jiha

xpe jiha, saya seronok awak sudi jengah ke sini..

Untuk awak juga, semoga dipermudahkan setiap urusan.. ;)

muarra said...

wahhh great opinion friend,,, thanks,,,

Umaidah Al-Abid said...

nusrah, syuran ats post yg bmanfaat

vampire's lovex said...

first ,cantik la header !! :)




gd luck exam,n thanx untk tips berguna nih :)

>_<

cikida said...

assalam..sy bru habes exam ptg tdi..hehe..alhamdulillah..=)
neway,,nice entry..=)tq