18 April 2011

Bersahabat bukan hanya di dunia, tapi mahu sampai syurga.


"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan kecuali mereka yang bertaqwa" - az-Zukhruf, ayat 67.

Assalamualaikum warahmatullah..
Tidak pernah lupa mendoakan kalian dalam keadaan sihat sejahtera.

Lap sawang. Hampir seminggu laman ini dibiarkan sepi. Membiarkan ia bernafas dalam kotak nyawa sendiri. Si pencoret kisah sudah lama tidak berjalan menongkah blog (sila baca : blogwalking). Si pencoret kisah sengaja membiarkan pembaca sendirian bermonolog. Bermonolog dan berfikir manfaat pada setiap bacaan yang dibuat. Mengharapkan ada kebaikan pada setiap penulisan yang diolah. Senyum. Moga anda juga begitu. Berblog bukan untuk menambahkan lagi dosa, tapi sebagai sisipan menambahkan pahala. Tidak mahu menyentuh isu blog dan dosa pada entri ini. Perbahasan dan ulasannya cukup panjang. Mungkin akan diulas pada entri akan datang. InsyaAllah.

Siapa yang tidak sayang sahabat? Adakah? Cuba bilang sama saya. Kurang susu ibu mungkin menyebabkan dia kurang peratus sayang. Peratus sayang pada manusia bernama sahabat. Ya, sahabat itu orang yang ada masa susah dan senang kita. Sahabat itu orang yang ada masa jatuh dan bangun kita. Sahabat itu orang yang sanggup bermandi peluh menarik kita keluar dari satu terowong gelap. Sahabat itu juga yang memimpin kita menuju ke arah suluhan cahaya.

Uniknya, sahabat itu masih setia menunggu di situ walau ketika kita terlupa akan dirinya. Uniknya, sahabat itu masih setia menunggu di situ walau kita hanya menggunakannya ketika hidup kita berliku. Uniknya, sahabat itu masih setia menunggu di situ kerana dia mahu kita senyum bahagia. Unik kan sahabat itu?

Jangan anda pelik bila melihat ada sahabat sebegitu. Sanggup telan pahit kerana tidak sanggup melihat kita perit. Sanggup menjadi pendengar yang setia kerana mahu kita bahagia. Sanggup ukir senyum untuk kita walau hatinya ketika itu ada nanah dan dihujani masalah. Sukar tahu, mahu pusing otak untuk arahkan mulut tersenyum ketika dilanda susah. Tapi, sahabat itu bisa. Bisa senyum untuk kita walau dalam hatinya juga ada duka.

(Sahabat yang baik adalah sahabat yang dapat berkata benar kepada anda, bukan hanya membenarkan kata-kata anda)

Bisikan jahat : Kenapa awak terlalu baik?
Sahabat : Bukan terlalu baik, tapi cuba menjadi terbaik.
Bisikan jahat : Terbaik sampai sanggup telan duri.
Sahabat : Lebih baik telan duri di sini daripada telan duri di akhirat nanti. Lagi perit.
Bisikan jahat : Awak sedar kadang-kala awak diperlukan hanya ketika susah.
Sahabat : Kenapa pula mahu fikir begitu? Saya sekadar membantu.
Bisikan jahat : Membantu? Awak rela terus-terusan begitu?
Sahabat : Terus-terusan bagaimana?
Bisikan jahat : Terus membiarkan teman sekeliling awak membuat tindak-tanduk berbisa.
Sahabat : Jika teman-teman sekeliling itu tahu harga seorang sahabat, dia tidak akan buat begitu. Kan lebih baik diri kita ini yang berlapang dada.
Bisikan jahat : Awak jangan cakap kosong, bukan senang berlapang dada. Awak selalu dahulukan teman sekeliling dari memikirkan duka awak sendiri.
Sahabat : Saya bukan mahu cakap kosong, tapi tidak mahu jadi tin kosong. Sekadar hidup untuk melopong. Apa guna hidup jika tidak mahu menolong?

Lihat. Sahabat itu terus mahu bersangka baik walau bisikan jahat kerap mahu membuat hatinya berbolak-balik. Sahabat itu tidak mahu ukhwah sekadar di dunia tapi mahu sampai syurga. Anda akan tahu nilai ukhwah, jika anda tahu nilai sahabat.

p/s : Di dalam memandang 1 keburukan pada seorang sahabat, kita tidak akan nampak 10 kebaikan dalam dirinya. Mengapa mahu membenci dirinya kerana 1 keburukan sedangkan dalam dirinya masih lagi berbaki 10 kebaikan. Renung dan muhasabah diri kembali, kita juga manusia biasa sepertinya.

10 comments:

Nazihah@Jiha said...

huhu, pernah juga melalui bisikan jahat itu T_T

lebih baik pilih 1 sahabat drpd 100 kawan,kerana yg pastinya sahabat lebih memahami kita pada setiap sudut ^^ betulkan ukht??

perkongsian yang baik! teruskan tinta mu ^^

nusrah said...

@Nazihah

terima kasih sudi melawat dan komen di kotak kecil ini.

yup, betul. Mahu cari yg begitu, 1 dalam seribu ;)

terima kasih atas sokongan :)

aeshcame said...

great share..hee yela kwn ramai2 ble ssh tibe2 xde kwn pun pnah..huuu~

yaqut hulaif said...

assalamualaikum.
bagus penulisan nie.

ya kita perlukan sahabat kerana hidup ini bukan tentang kita sahaja, sahabat perlu belajar menghargai kerana erti hidup kepada memberi.

nusrah said...

@aeshcame
terima kasih sudi jengah dan komen di kotak kecil ini..

selalunya begitulah.tapi lagi bagus kita dulu bertindak ---> jadi sahabat terbaik untuk sahabat kita ;)

nusrah said...

@yaqut hulaif

waalikumussalam
terima kasih sudi singgah dan komen di kotak kecil ini.

ya, setuju :)

josrevalution said...

salam .. kata2 yg amt bererti dlm khdpn mnusia adlh menolog org tnpa blsn..dn xle membenci org len.pa lg teman2.. jdi kta renungkn lh.. "jdilh shabat yg trbaik utk shabt."

Cinta Ilahi said...

Sahabat,
adalah keperluan jiwa!



=)

Ad-Dien said...

ukhuwwahfillah abadan abada..=)

Khairul Fadli Rushdi said...

Salam~
Sahabat itu mmanglah satu anugrah yg bsar~
Dan dlam realiti khidupan, mmang akan ada badai dan ombak yg mlanda~
Samalah sperti alam perkahwinan nanti~
Hidup yg pnuh dgn pahit dan manis iulah yg mnjadi pngalaman manis bt diri mnjadi lbih gagah~
=)