01 April 2011

Sudah jauh malam, kurang manis jika berterusan...


Assalamualaikum warahmatulah wabarakatuh..
Sentiasa mendoakan kalian dalam keadaan sihat sejahtera, memang itu fungsi utama kalimah salam.

Beku dan tersepit. Kesejukan pagi benar menggigit. Alhamduillah, ramai pengunjung yang sudi ke laman kecil ini. Ucapan terima kasih tidak terhingga atas sokongan. Hanya Allah mampu balas budi kalian. Melalui laman kecil ini juga saya kenal dengan seorang insan. InsyaAllah, nanti saya ceritakan siapa gerangan. Baru sahaja minta izin dengan empunya badan. Jika insan itu tidak beri izin, saya tidak berani melakar kisahnya di sini. Rata-rata kisah di sini memang saya siarkan dengan keizinan si pencerita. Tidak mahu timbul masalah kedua.


Senyum pahit. Teringat peristiwa berbual di alam maya semalam. Berbual dengan bukan mahram. Mesti kalian geleng kepala bukan? Cakap berdegar-degar, tapi dengan dosa tidak gentar. Bukan saya untuk bersembang tanpa sebab keperluan. Cukup sekadar beritahu informasi dan mohon undur diri. Selalu berdoa, agar hati terpelihara dari penyakit-penyakit bisikan syaitan. Bila dirasakan terselit dengan perkara-perkara bukan tujuan, cepat-cepat mohon tanda keluar (sila baca : sign out). Jika tidak, awas syaitan gelak berguling bila umpan sudah mengena.

(Sekadar madah pujangga, hanya mampu pinjam kata-kata dari ayahanda Hamka)

Terima kasih mengingatkan tentang hari sudah jauh malam, kurang manis jika berterusan. Boleh timbul fitnah dan penyakit hati baru. Jika jadi begitu, kelak tangis tidak berlagu. Memang itu panduan, jika tidak mahu jadi sawan. Sawan dek masalah hati yang sudah rawan. Kawan lelaki ia tetap selamanya lelaki, kawan perempuan ia tetap selamanya perempuan. Lain jika lelaki sudah bertukar pondan (erkkkk..itu kategori lain, nanti dikisahkan). Pergaulan tetap pergaulan. Batasan tetap batasan. Wallahua'lam.

p/s : Jika tidak mahu timbul masalah hati, tanya semula pada diri. Jika rasa tidak enak terbias di benak hati, segera mohon tanda keluar dan elak bergurau berlebihan dalam berbual. Itu lebih bagus,bisa menghindar fitnah bukan?

14 comments:

Unknown said...

syukran kak atas penulisan ni..termuhasabah..banyak betulnya apa yg dikatakan tu..oohh hati.. (,")

nusrah said...

@FAQIHFIQH

syukran juga sudi komen dan singgah di kotak kecil ini.

sama2 sayang..sekadar berkongsi apa yg terbuku di hati. :)

Mutiara Bernilai said...

hati-hati menjaga hati sis..

mnjaga hati mmg susah, kdg2 leh jadi parah..

ayukran dear..

mutiara folo sis.. :)

nusrah said...

@Mutiara Bernilai
terima kasih atas peringatan.
insyaAllah, sentiasa doa Allah pelihara hati :)

Sunah Sakura said...

alhamdulillah...peringatan yang baik untuk semua..saya pun rasa tertegur dengan entri nusrah ni...syukran ye sayang...:)

dear, saya cadangkan buat popup window untuk komen, lagi baik...readers friendly...:) baca kat SINI..

nusrah said...

@kak Sunah Mohammad
Terima kasih atas komen yang membina..
saya terus tukar setting..hikhik :)

khalila ishak said...

ohh... pernah jugak terleka. mekasih nusrah 4 diz entri ^^

nusrah said...

@kak lilah
oh, same2..kadang2 kte memang tak sedar n bleh leka.. entri ni pesanan utk diri sendiri :)

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum Nusrah^^ sihatkah?
tak sah kalau tak komen blog Nusrah ni,hik2

anguk2 kepala sy baca entri ni, w/pun skdr b'chat tp, hati tu yg sdg berperasaan, sdgkan hati penting untuk dijaga..skdr pndpt hamba yg fakir, jika salah tlg betulkan^^

alhamdulillah,syukran Nusrah bangkitkan tntg perkara ni^^

aiEz said...

peringatan buat setiap insan,saling berpesan sesama teman..berubah pada kebaikan..^^

nusrah said...

Waalakumussalam jiha,
alhamdulillah sihat.
hikhik..seronok sy baca komen Jiha.
semuanya komen membina dan pendapat.

betul la tu, kadang2 kita tak sedar yang hari dah lewat malam dan yang kita chat tu bukan mahram. Siap gurau2 lagi.

bila tersedar, aiyoo, macam mahu hentak kepala di dinding.huuuu

nusrah said...

@aiEz
eh gi mana mahu menyebut nama anda ini? penuh dengan vokal yg popular.

terima kasih sudi komen di kotak kecil ini.

helang timur said...

subhanallah entri ini mengingatkan saya pada entri saya 'terakhir'. betul, memang hati kena jaga sebaiknya sebab dia mudah sangat tergelincir oleh nafsu dan rasa. jadi mujahadah juga yang terbaik. :)

nusrah said...

@Najihah.Faizah.Azaman

Jiha, entri ni sebenarnya teguran utk sy sdiri. kadg2 tlepas pandang.hukhuk..hati oh hati T_T