26 March 2011

Jika sudah tahu, mengapa mahu buat tidak tahu?


Assalamualaikum warahmatullah..
Sentiasa mendoakan kalian dalam keadaan sihat sejahtera. Memang itu tujuan salam disebarkan - mendoakan keadaan sejahtera saudara seagama :)

Garu kepala yang tidak gatal. Pelik. Sudah malam begini masih ada yang rajin berpeluh di dapur. Bau goreng pisang menusuk ke hidung. Siapa sahaja yang berani menggorengnya malam-malam begini? Oh, tidak mengapa. Saya mungkin terlalu emosi. Tekanan menyiapkan satu jurnal mini (adakah wujud jurnal mini sebegini?Angkat kening sebelah tinggi-tinggi). Juga tekanan menghadapi pembentangan Isnin ini. Ditambah lagi dengan jangkitan sakit rumah (sila baca : homesick). Ia menjadi lebih parah. Oh, saya sudah lelah.

(Satu gambar mungkin sudah cukup menerangkan apa yang terbuku)

Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan. Cuba mencari oksigen baru. Maaf, jika ada yang kurang selesa. Entri kali ini cuba dilontarkan dengan adab berbahasa. Maaf sekali lagi jika ia mengguris pembaca. Mendengar luahan rakan sekumpulan, saya cukup faham. Malah kami cuba sama-sama hadam. Hadam dengan tajuk yang perlu dibentang. Aurat dan perhiasan. Seringkali menjadi bualan, malah adakala menjadi bahan gurauan. Cukup perit bila menerima pukulan fitnah.

- Harap belajar agama, tetapi tudung sekerat sahaja -
- Kata bakal ustazah, tetapi perangai tidak semenggah -
- Lagi bagus tidak berkerudung, jika asyik buat dosa tinggi melambung -
- Dia memang rambut lepas bebas (sila baca : free hair), tetapi hati dia baik -
- Dia memang rambut lepas bebas, tetapi solat tidak pernah terlepas -

Banyak lagi fitnah yang bersepah-sepah. Membanding-banding perangai si pemakai tudung dan si gadis berambut lepas bebas. Lagi sekali tarik nafas. Terkapai-kapai mencari oksigen bagai berlari-lari. Sesak. Sesak bila diasak. Ditambah lagi dengan keluaran fesyen tudung yang semakin kurang menepati. Bukan saya cuba mengkritik sambil berdiri. Saya cuba mengkritik sambil menyelami hati.


(Sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa. Mencari redha dan taqwa dalam pemakaian)

Saya juga pengguna tegar selendang. Tapi saya masih tahu garis dan larang. Agama menggariskan tudung yang melabuhi paras dada. Cukup berhikmah bagi melindungi mutiara yang tersembunyi. Agama melarang tudung nipis dan jarang. Itu kan garis dan larang yang sudah terang. Tidak mahu berbicara panjang, risau lagi banyak hati yang berang. Oh, maaf sekali lagi. Saya cuba melontar yang tersirat di hati. Tidak mahu terus tegar memerhati, tanpa ada langkah berani.

(Anda juga mampu berubah. Berubah kerana Allah ^.^)

p/s : Ramai sudah mengerti. Garisan yang ditulis sejak azali. Jika sudah tahu, mengapa mahu buat tidak tahu?

17 comments:

Ruqaiyah Hmy said...

salam, wah..akak..tak sangka akak ni ayat berpuitis jugak ye, hehe..siap boleh wat pantun + sajak lagi tu, hehe...
apa2 pun, betul gak kata-kata akak tu..
macam ada kawan sy sendiri, menggunakan alasan, "sy bukan baik sangat" utk tak melabuhkan tudung..tapi, sebab dy rapat dengan saya...saya selamba je marah dia kalau tudung singkat smpai nmpak bentuk breast, huhu...
kalau sy dah geram sangat, cakap banyak kali, masih macam tu jugak, sy cakap..
"awak nk tunjuk ke sape? eii, malu je orang tengok..nnt, dapat ke laki awak, dah basi, huhu.."

maaf la, ayat yg terlalu lepas...yang penting, sampai kepada point yg nak disampaikan..
tapi, sy guna cara ni, sebab kawan sy tu tak kisah orang berterus terang...alhamdulillah, sekarang ni, dia dah melabuhkan skit tdung..siap segan lg kalau dia nampak mcm jalan mendada...semoga dia terus istiqamah, dan orang lain turut diberi hidayah, dan semoga kita ni terus istiqamah, amiin..

nusrah said...

@Ruqaiyah..
Eh? Sudah jumpa butang pengikut??
terima kasih jadi pengikut..rindu awak ketat2 >.<
Biasa sahaja, bakat semula jadi agaknya.
Kalau terlalu berpuitis, risau pembaca tidak faham apa yg ditulis. (sekali lagi berpuitis..hikhik)
syukran sudi jengah ke laman yang tidak seberapa ini.harap ada manfaatnya ;)

Nazihah@Jiha said...

wah..mumtaz ukht!
dah trg lagi bersuluh tutup aurat mmg wajib..skrg ni rasanya alhamdulillah,ramai dah gerak hati pakai tudung,tapi,fesyen tudung skrg ni..tak ble pakailah..hmmm tudung labuh skrg ni pun susah nak cari,terpaksa r bt sndiri...tp,kalau nak slhkn fesyen..tak betul jgkn??
diri tu yg perlu dislhkn..huhu asif..jika ada kata yg krg mnyenangkn..^_^ bkn nak sibuk ckp hal org..tp ambil berat bah..heee
alhamdulillah, truskn usaha utk menyampaikan dakwah..^_^

nusrah said...

@Nazihah
terima kasih sudi menjengah laman yang tidak seberapa ini.
terima kasih juga, memberi kata-kata perangsang di kotak kecil ini.
gembira dapat kenal awak. ;)

Liana said...

salam alaiki ukhti

wah, pandainya menulis.. ada pantun juga.. =)

tp betul kata2 ukhti.. mmg ramai yg lepas rambut tp baik orgnya.. sopan santun, x pernah tinggal solat 5 waktu tp somehow, x berhijab..

dan betul juga bhw ramai yg berhijab labuh2/berhijab biasa2 yang perangai tidak sebaik lepas rambut dan kadang2 pembuat dosa yg lebih.. hmm

jadi yg mana satu lagi baik? i mean mmg dua2 x baik, tp between 2 tu mana lagi bagus?


untuk ana skrg, mmg ana cuba jaga solat dan perangai sbb mmg xleh berhijab lagi buat masa ini..(maklumlah masih undercover muslim =[)

WAllahua'lam

nusrah said...

@Liana
Terima kasih sudi menjengah ke laman serba kekurangan ini. terima kasih juga sudi beri respon di kotak kecil ini.
Boleh saya tahu maksud undercover muslim? Liana saudara baru islam ye?
Bimbang salah faham situasi, nanti jawapan diberi akan tidak selari. :)

Liana said...

salam ukhti,

x baru sgt tp masih "underground/undercover" sbb keluarga masih x tahu lagi. ana masih lagi x dpt memberitahu mereka sbb belum sampai waktu yg sesuai.

shukran menjawab dan blog enti baguslah.. teruskan usaha menyebarkan mesej Islam, Allah akan membantu =)

WAllahua'lam

SoutulMujahid said...

ramai yg memakai tudung mengikut fesyen yg dipakai oleh artis yg tidak mengikut hukum syarak.

Artis Bertudung Sesatkan Masyarakat dalam Diam

nusrah said...

@SoutulMujahid

terima kasih atas perkongsian entri.
hujah dan dalil yang cukup bererti.

nusrah said...

@Liana
Saya cuba memberi respon dengan sehabis baik. Mengikut pengalaman, pemerhatian, pembacaan dan ilmu yang cuma sedikit. Bimbang tersilap langkah kata, nanti banyak pungut dosa.

Ada 2 situasi di sini :

1. Si gadis yang lepas bebas, tapi perangai baik,solat juga tidak pernah culas.
2. Si gadis yang menutup aurat dengan sempurna, tapi perangai macam orang tidak berguna.

Sama sahaja keduanya. Tiada beza. Tiada siapa yang lebih baik.

Ramai yang mempertikai keikhlasan dan perangai yang selalu bergerak tidak seiring dengan kewajipan yang sudah ditunai. Contoh : Buat apa perlu pakai tutup aurat, jika hati tidak ikhlas.

Kita perlu faham apa erti kewajipan dan tuntutan sebagai hamba. Menutup aurat dan solat, kedua-duanya adalah kewajipan hamba. Kewajipan tetap kewajipan dan soal keikhlasan hanya Allah berhak menilai.

Sama ada seseorang itu mahu atau tidak, ikhlas atau tidak dia tetap wajib tunaikan tanggungjawab tutup aurat.

Dalam hal ehwal agama juga kita tidak boleh membanding dengan perkara yang lebih buruk. Mengapa perlu dituding jari kepada yang bertudung tapi buat dosa melambung, sedangkan ramai lagi yang menutup aurat sempurna punya tingkah laku yang baik.

harapnya jawapan saya tentang mana satu lebih baik itu terjawab kerana tiada beza antara keduanya.

Jawapan tentang keikhlasan saya tambah kerana keikhlasan juga selalu dipersoalkan dalam isu menutup aurat.

Wallahua'lam. Moga jawapan ini mendukung agama, bukan lagi menjatuhkan agama. =)

Liana said...

shukran jazilan ukhti menjawab ana.. betul juga.. ana juga rasa kedua2nya tidak betul.

kewajipan haruslah dilakukan.. itu number one.. lepas tu ikhlas ke x, itu lain cerita.. jadi mmg kewajipan comes first, above all others. kan?

Quote: "Dalam hal ehwal agama juga kita tidak boleh membanding dengan perkara yang lebih buruk. Mengapa perlu dituding jari kepada yang bertudung tapi buat dosa melambung, sedangkan ramai lagi yang menutup aurat sempurna punya tingkah laku yang baik."

Betul sgt yg enti ckp ni. mengapa perlu pandang yg lebih buruk.. kita pandang shjlah pada yg baik. kan?

syg fillah,
Liana

a f i f a h said...

nice entry,,=)

.:: نورحبيب ::. said...

wah..sy tenyeh mata banyak kali tkot2 silap bkak blog si empunya..

berubah dengan mendadak!!

dlu 1 bulan 1 post..skrg sebulan, 12 post..
dlu follower ciput..skrg da hundred
dlu ayat gler pyer pasar, skrg gler pyer skema..

ni k atiah lagi ke? klu ye, akak trlebih amek vitamin ke?

sori kak, memain je..tp x pe gak x le sy trnanti2 post2 terbaru dlm sebulan. dlu nak create pun susah.

pape pun selamat meneruskan dakwah bil pena..sy sentiasa menyokong akak dari tengah, depan, belakang dan tepi...

nusrah said...

@Nur Habib aka Kinah..
biarkan sahaja mata mu tertenyeh-tenyeh.. =p

Tidak mahu aktiviti blog sekadar mengisi masa lapang, mahu pungut pahala sekali jalan. ;)

terima kasih sudi menjengah dan komen di kotak kecil ini :)

Salfiza said...

salam ukhuwah....
terima kasih sudi jengah ke blog sy
ni kali pertama saya ke sini dan insyaAllah akan selalu datang sini...
byk info yg dicari ada kt sini ^_______^

nusrah said...

@Afifah
time kasih sudi komen dan menjengah ke laman kecil ini :)

nusrah said...

@Salfiza
time kasih sudi menjengah..
cuba menyampaikan sesuatu yang bermanfaat utk pembaca :)